Pemuda UMNO Desak Pusat Ambil Alih Air

Share


Kuala Lumpur, Pemuda UMNO mendesak agar Kerajaan Barisan Nasional mengambil alih semula semua pengurusan yang membabitkan keperluan asasi rakyat Malaysia ini iaitu semua yang menguruskan pembekalan Air yang dirawat.

Desakan ini adalah kerana masalah keperluan asas ini sudah terlalu kerap berbangkit dan berulangkali berlaku serta banyak membebankan rakyat. Terutamanya kepada penduduk – penduduk di bandar Kuala Lumpur serta Selangor dan rakyat luar bandar (contohnya di Kelantan yang sehingga kini mengalami masalah bekalan air yang menruncing).

Ketika ini, pengurusan air diuruskan oleh agensi yang diswastakan dan juga Kerajaan Negeri. Disebabkan kos untuk menguruskan kedua – dua keperluan asas ini amat tinggi dan menjadi beban kepada pengurusan sedia ada maka kami Pemuda UMNO ingin berharap agar YAB. Perdana Menteri segera memikirkan semula langkah – langkah bagi mengambilalih semua pengurusan air ini.

‘Apa guna mencanang untuk menuju ke Negara Maju tetapi kedua – dua keperluan asasi rakyat ini sentiasa menjadi Bencana buat rakyat Malaysia’.

Dengan masalah air yang tidak pernah selesai serta semakin meruncing keadaan maka Kerajaan Barisan Nasional perlu berbuat sesuatu dengan segera. Ini bukan disebabkan sudah hampir untuk Pilihanraya Umum tetapi ianya sudah berlanjutan hampir 10 tahun.

Semua ini boleh membebankan rakyat dan menaikkan kos diri rakyat jika ianya masih diuruskan oleh Agensi, Kerajaan Negeri dan Syarikat Swasta.

Perbalahan untuk pengurusan, perlu pengubahsuaian, pertambahan kos untuk baikpulih dan keperluan menaiktaraf yang masih lagi bertangguh, maka tidak akan selesai jika masing – masing saling tuduh menuduh ‘siapa’ yang perlu bertanggungjawab. Yang akhirnya, rakyat akan menjadi mangsa.

Maka, kami Pemuda UMNO memohon cadangan ini dapat dipertimbangkan secara lebih mendalam oleh YAB. Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin yang amat prihatin dengan masalah rakyat ini.

Jika beberapa plaza tol YAB. Perdana Menteri boleh tutup dan hapuskan maka tidak ada mustahilnya untuk Kerajaan Barisan Nasional mula berfikir untuk mengambilalih semula pengurusan Air.

Sepatutnya pihak Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor berbincang dan memikirkan caramana untuk mengurangkan beban rakyat iaitu dengan meminta tolong dari Negeri – Negeri Jiran seperti Negeri Sembilan dan Melaka untuk meminjamkan lori – lori tangki air dan bukan berbalah dengan Kerajaan Pusat.

Disebabkan permasalahan ini, Pemuda UMNO yang prihatin terhadap keluarga yang akan mengadakan majlis – majlis besar seperti majlis perkahwinan pada hujung minggu ini dan disebabkan masalah air ini maka usaha untuk membawa seberapa banyak lori tangki air ke Kuala Lumpur dalam kadar segera.

Juga kepada keperluan penduduk di rumah – rumah pangsa terutama bagi penduduk yang duduk di tingkat tinggi maka pertambahan lori – lori tangki air sedang dirancang.

Sekian.

Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin
Pengerusi
Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan



2 thoughts on “Pemuda UMNO Desak Pusat Ambil Alih Air

  • March 8, 2018 at 5:35 pm
    Permalink

    Tidak perlu kot…cuma rakyat perlu memilih kerajaan yang bertanggungjawab sahaja

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *