Masalah Pemilihan UMNO: Tidak Ada Konsep Terbubar atau Haram Secara Automatik

Sebaran :

Oleh Ab Jalil Backer

1. Tiada fasal dalam Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355) menyatakan sesebuah parti politik itu secara otomatik terbatal pendaftaran apabila gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Pemilihan mengikut masa yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

2. Fasal 13 (Akta 355) menyatakan perkara-perkara yang membolehkan Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan dengan syarat melalui surat pemberitahuan dan tunjuk sebab.

4. Tidak ada fasal dalam Akta 355 yang menyatakan sesebuah parti yang gagal mengadakan mesyuarat pemilihan mengikut perlembagaan harus dibatalkan pendaftaran.

5. Jika Pendaftar Pertubuhan berpuas hati permohonan penangguhan pemilihan atau mesyuarat, maka ia boleh sahaja membenarkan penangguhan tersebut.

4. Jika Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak berpuas hati dengan permohonan penangguhan tersebut, ia boleh mengarahkan UMNO mengadakan satu Pemilihan Jawatankuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

5. Jika ia tidak UMNO masih gagal mematuhi arahan tersebut, dan TERDAPAT ADUAN DARI RAMAI AHLI, RoS boleh sahaja membatalkan pendaftaran atau memanggil satu mesyuarat agung parti tersebut.

PERLEMBAGAAN UMNO (PU)

6. Fasal 10.16 (PU) menyatakan penangguhan pemilihan pada peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian, dan Cawangan tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

7. Bilakah tarikh sepatutnya diadakan? Menurut fasal 15.3 (PU), ia hendaklah diadakan tiap-tiap tiga tahun sekali kecuali Majlis Tertinggi UMNO menggunakan kuasa dalam fasal 10.16 (PU) menangguhkannya tidak lebih 18 bulan.

8. Pemilihan terakhir UMNO ialah 2013. Jadi ia sepatunya diadakan pada 2016. MT telah membuat penangguhan selama 18 bulan.

9. Pemilihan yang sepatutnya dibuat pada 2016 telah ditangguhkan selama 18 bulan. Ini bermakna penangguhan ini sepatutnya berakhir pada 2018.

10. Penangguhan ini tidak memerlukan kebenaran RoS kerana ia telah terdapat dalam Perlembagaan.

11. Apabila UMNO memerlukan satu lagi penangguhan itulah yang menyebabkan mereka perlu membuat permohonan kepada RoS.

12. Tindakan RoS membenarkan penangguhan tersebut sehingga April 2019 adalah tindakan budi bicara Pendaftar Pertubuhan menggunakan Akta Pertubuhan 1966. Sila baca fasal 13A hingga fasal 17.

13. Jadi dalam keadaan apa pun, tidak ada sebarang peruntukan menyatakan kegagalan mengadakan pemilihan mengikut masa yang ditetapkan boleh menyebabkan pendaftaran parti terbatal secara automatik.


Sebaran :

Leave a Reply