Maria Chin Kuda Tunggangan Pembangkang

Share


BERSIH yang dahulunya menyatakan pendirian mereka memperjuangkan Pilihanraya yang bersih, hari ini sudah terbukti bahawa mereka merupakan kuda tunggangan yang dicipta oleh Pembangkang bagi memporakperandakan negara.

Ramai pengikut BERSIH termakan hasutan yang dibawa oleh NGO ini kononnya mereka memperjuangkan hak-hak asas pilihanraya yang bersih dan adil. Dalam masa yang sama menuduh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Kerajaan Persekutuan telah dan akan melakukan pilihanraya yang tidak bersih serta melangar peraturan demi untuk mengekalkan kemenangan kepada pihak Kerajaan.

Tuduhan demi tuduhan, perhimpunan demi perhimpunan yang dianjurkan adalah semata-mata mahu mengaburi mata dan menanam fikiran rakyat dengan perkara negatif dan berat sebelah menyalahkan kepada Kerajaan dan SPR sahaja.

Perkembangan pembangunan dan ekonomi negara telah terbantut dan terbelakang dek kerana perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan sebelum ini di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Himpunan haram ini telah memberi gambaran negatif kepada dunia luar bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak selamat dan mempunyai sebuah kerajaan yang tidak adil. Mereka gembira dan berbangga apabila para peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka dan rakyat khuatir melakukan pelbagai aktiviti harian setiap kali perhimpunan haram ini diadakan. Ini semua adalah di antara dosa-dosa yang telah dilakukan oleh NGO biadap ini terhadap tanah air kita.

Maria Chin hari ini menegaskan beliau akan bertanding dalam PRU 14 akan datang mewakili parti pembangkang dan memperjuangkan dasar-dasar yang bakal merosakkan negara. Secara langsung, beliau mengakui bahawa pilihanraya yang akan diadakan di Malaysia adalah adil dan bersih- sebersihnya, sekiranya tidak bersih, manakan beliau akan bertanding sebagai wakil rakyat.

Sepekara lagi, Maria Chin sudah membuktikan bahawa perjuangan NGO nya adalah berlandaskan kepada politik berkiblatkan Pembangkang dan bukan sebuah NGO yang adil dan mahukan kesaksamaan di dalam pilihanraya. BERSIH tidak pernah membangkitkan isu 40,000 warga Bangladesh yang kononnya merupakan pengundi dibawa masuk ke sini seperti yang digembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim. BERSIH beranggapan fitnah yang telah Anwar Ibrahim lemparkan kepada SPR adalah modal yang baik bagi Pembangkang mengecapi pilihanraya yang lebih ‘adil’ kelak.

Nurul Izzah yang telah didapati bersalah memfitnah Datuk Seri Raja Nong Chik semasa kempen PRU 13 yang lepas, dan hal ini juga tidak pernah dibangkitkan oleh Maria Chin kerana isu ini merupakan isu rakan seperjuangan BERSIH maka didiamkan saja.

Ternyata BERSIH adalah alat yang diwujudkan atau dicipta oleh PKR, DAP dan sekutunya semata-mata mahu menanam pemikiran negatif kepada rakyat bagi keuntungan Pembangkang.

Dana dari Israel dan Soros juga telah membuktikan bahawa mereka ini mempunyai agenda yang lebih besar di mana mahu membawa pemikiran liberarisasi kepada Malaysia. Dalam masa yang sama perjuangan mahukan hak rakyat saksama seperti LGBT dan kebebasan sosial yang akan meruntuhkan nilai-nilai ketimuran rakyat Malaysia menjadi keutamaan mereka.

Saya juga tidak faham kenapa Kerajaan atau pejabat Peguam Negara gagal mendakwa mereka ini terhadap tindakan menggugat keselamatan negara dan berniat mengucar kacirkan negara.

Sudah sekian lama BERSIH bebas melakukan kegiatan mereka, dana yang mereka perolehi dan tindakan yang mereka laksanakan selama ini adalah merugikan negara. Rakyat berhak mendapat pembelaan daripada tindakan dan hasutan BERSIH ini. Rakyat yang telah ditipu selama ini harus bangkit untuk menolak gerakan jahat mereka ini.

Diharapkan tiada lagi warganegara Malaysia menjadi umpan atau alat untuk mengetengahkan agenda busuk dan membawa budaya songsang demi nafsu BERSIH dan Pembangkang.

DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutan
8 Mac 2018



One thought on “Maria Chin Kuda Tunggangan Pembangkang

  • March 8, 2018 at 5:38 pm
    Permalink

    Siapa yang join demo BERSIH dahulu memang banganglah….

    Reply

Leave a Reply to dkds Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *