Selangor Takde Air: Dari 3 Hari Kepada Tak Pasti…GST Masih Isu Lagi?

Share


PENULIS kata dah semalam, bila Selangor umum air takde, ia bukan setakat dalam tempoh beberapa hari seperti yang mereka kata tapi akan lebih dari itu- sekarang betul-betul terbukti.  Dari 3 hari yang dikatakan sebelum ini, kepada tidak pasti pulak.  Alasan, sistem mampatan udara pecah pulak dah.  Sebelum ni ada alasan macam sabotaj, tak kompeten, cuaca dan sebagainya, alasan semua, hasilnya tetap buruk macam itu juga seolah tidak belajar apa-apa.

Sekarang amacam, masih nak kata GST masalah lagi?  Makcik-makcik duduk rumah tinggi yang kena angkut air tu, masa ini kalau dicaj GST untuk jaminan bekalan air berterusan pun, tidak akan ada siapa merungut untuk membayarnya, percayalah.

“Kalau”lah kita katakan ni, bukan jadi betul pun.

Ini baru Selangor, bayangkan kalau puak ini memerintah Malaysia, macam inilah nanti masalah kita.  Kat Pulau Pinang takde masalah sebab kerajaan persekutuan dah ambil alih pengurusan air di negeri tersebut, sebab tu tak banyak complain.  Air berlebih sampai bah pulaklah isunya sekarang.

Moralnya, benda dah elok datang Pakatan jadikan buruk, itulah yang selalu kita nampak.  Dulu masa PAS Pakatan perintah Kedah, balak, lepas BN ambil alih dan anak tuan kuda 40 ekor kena buang, dah takde lagi isu tu. Air di Selangor, dari mula Pakatan perintah sampai sekarang, masih tak berubah, tetap masalah.

Nak sampai macam mana baru nak kata Pakatan sebenarnya gagal sehingga nak  menguruskan benda asas macam bekalan air pun tak boleh?  Nak tunjuk jelas macam mana lagi?  Dulu PRU13 berlaku masalah sama, kata bagi peluang, ini dah nak masuk PRU14 dan bertukar 2 Menteri Besar, pun masalah sama jugak, malah lebih teruk lagi masih nak sokong lagi?

Justeru rakyat perlu berhenti masuk dalam perangkap Pakatan.  Dia nak gebang pasal kebajikan rakyat seperti GST macam mana kalau air pun tak boleh nak selesaikan?  Ini semua perkara-perkara yang mereka kawal, bukan kita pun.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *