Isu air selesai jika mandat diberikan kepada BN

Share


Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji kepada rakyat Selangor bahawa masalah air yang membelenggu negeri itu sejak sekian lama akan diselesaikan jika mandat memerintah dipulangkan kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, masalah air di Selangor sehingga menyebabkan enam daerahnya kini berada dalam keadaan kritikal berlaku kerana kerajaan PKR lebih mengutamakan agenda politik berbanding membela nasib rakyat.

Jelas beliau, BN telah terbukti mampu menguruskan isu air dengan baik walaupun negeri tersebut dimiliki pembangkang seperti di Kelantan asalkan perkara berkenaan tidak dipolitikkan.

“Kualiti air teruk, tekanan rendah inilah kisah rakyat di negeri Selangor.

“Apa cara untuk selesaikan (masalah ini), tukar dan tawan semula kerajaan Selangor. Saya berjanji masalah air akan selesai,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan Rakyat dan Pelancaran Jentera BN Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *