Fitnah Azeez Rahim : Empat hari untuk Guan Eng mohon maaf

Share


Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memberikan tempoh empat hari kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka berhubung fitnah kononnya beliau menerima bayaran RM3 juta daripada syarikat pemaju terowong dasar laut, Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith).

Abdul Azeez berkata, jika Guan Eng tidak membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh yang ditetapkan maka beliau akan meneruskan tuntutan saman fitnah terhadap Guan Eng.

“Surat tuntutan telah dihantar kepada pejabat Ketua Menteri dan rumah Guan Eng di Pulau Pinang semalam.

“Jika tiada pernyataan maaf daripada beliau maka saya akan teruskan proses saman fitnah terhadap Guan Eng bagi membersihkan nama saya,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media bangunan Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *