Air: GST Dgn Pungkoq Tak Bercuci, Mana Lebih Sengsara?

ARWAH ibu saudara penulis (Al-fatihah untuk Allahyarham) pada waktu hidupnya pernah berkata, masalah paling besar masa takde air ialah, bukan tak minum atau tak mandi tapi tak boleh nak mencuci selepas membuang hajat.  Difikirkan semula memang betullah apa yang dicakapkan tu sebab melainkan kita pengundi tegar DAP, air memang penting dalam soal itu.

Sebab itu di kalangan orang dulu-dulu, ungkapan paling popular ialah, biar takde api (elektrik) jangan takde air, susah.

Justeru penulis boleh bayangkan dengan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung berjuta-juta pengguna air di Selangor (termasuk di Wilayah Persekutuan) yang sedang mengalami gangguan bekalan air selama 3 hari sekarang.  Boleh mampu setakat itu (bayangkan) sajalah sebab negeri dimana penulis tinggal sekarang, hampir terlupa bila kali terakhir bekalan air tiada.

Ya, negeri ini diperintah BN.

Dari pengalaman penulis, bila dikatakan 3 hari takde air terutama Selangor, ia sebenarnya lebih lama lagi kerana sekejap masa diambil untuk bekalan takde tapi beberapa hari lagi masa diperlukan untuk bekalan pulih sepenuhnya, isu tekanan, kawasan rendah tinggi dan sebagainya.

Nak disebutkan, perkara ini membuktikan bahawa ia adalah Pakatan yang sebenarnya menyebabkan kesengsaraan hidup kepada rakyat bukan GST atau 1MDB.  Bila air selalu takdelah jadi masalah, dan hidup jadi sengsara.  GST apa pulak?

GST tak pernah lagi menyebab pungkoq sesiapa tak bercuci!!

Satu yang perlu diperhatikan, masalah bekalan air di Selangor berlaku hampir setiap masa cuma daerah berbeza. Dah dua kali bertukar Menteri Besar bawah Pakatan saja, masalah sama tetap berlaku.  Bila nak selesainya?  Asyik berpolitik 24 jam, yang jadi mangsa ialah rakyat.

Baru cerita hal cuci saja tu, belum sebut tentang kos hidup meningkat tak pasal-pasal kerana terpaksa membeli tong air tambahan dan sebagainya.  Kalau cerita yang ini, habislah, mau berkocak darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh Azmin

Lepas tu nak salahkan 1MDB, GST atau paling haprak sekali, kapal layar sebagai punca kos sara hidup meningkat, ada otak ke takde?

2 thoughts on “Air: GST Dgn Pungkoq Tak Bercuci, Mana Lebih Sengsara?

  • March 6, 2018 at 11:34 pm
    Permalink

    kita cuma memperkata & simpati pada umat Islam tentang masalah bekalan air takde berbanding embeenya…musibat anak haram azmin tak kisah tak dapat basuh aiskrim & punkoqnya lepas berak atau kencing sebab dia dah lama belajar dari DAP lap guna tisu atau mana2 kertas yang ada

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *