Kapal: Muhyiddin Nak Suruh Saman Siapa? Dituduh Jadi Punca Penceraian, Dah Saman?

Share


MEDIA melaporkan kapten sebuah kapal mewah yang ditahan di Bali Indonesia baru-baru ini mengaku tidak tahu siapa yang memiliki kapal tersebut.  Inilah juga medianya yang menyiarkan pandangan pemimpin Pembangang di negara ini bahawa kapal itu Jho Low yang punya.

Dia pulak lebih terer dari kapten.  Anyway kalau Jho Low punya sekalipun, dengan apa cara kerajaan dan Perdana Menteri terlibat?  Seterusnya mencetus persoalan, siapa Muhyiddin suruh saman bila kapal itu dirampas pihak berkuasa Indonesia?

Bila Pakatan nak tutup kemaluan sendiri macam itulah, saman.  Seolah saman itulah penentu betul dan salah.  Yang Muhyiddin sendiri dah  berapa banyak saman orang?  Individu  yang mengaitkan dia sebagai punca penceraian dengan isteri dalam satu afidavit Mahkamah tu, Muhyiddin dah saman ke?

Kalau belum saman, nak  dikatakan apa pasal itu, Muhyiddin memang buat?

Justeru kita melihat tindakan pemimpin pembangang mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas orang atau benda yang tak sahih adalah sebenar satu mereka untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka gagal membuktikan apa yang dituduh itu sebagai betul, hanya pandai main persepsi.

Sebab itu Muhyiddin cakap soal saman seolah dia tu saman sangatlah orang yang tuduh dia sebagai punca penceraian.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *