Salahkah Pihak Berkuasa Tegakkan Undang-Undang Di Kamunting?

Share

Suatu ketika dahulu, negara ini menyaksikan tindakan tegas pihak berkuasa terhadap penyokong-penyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang begitu ghairah menganjurkan demonstrasi di perkarangan mahkamah di ibu negara.

Pihak berkuasa melalui kuasa yang sah dari sudut perundangan telah bertindak menggempur penyokong-penyokong Anwar itu dengan belantan, tembakan meriam air dan ratusan yang telah ditahan gara-gara terlibat dengan demonstrasi itu.

Ketika itu, rapat-rapat umum sering dianjurkan oleh penyokong ‘reformasin’. Namun setiap kali diadakan, maka setiap kali itu jugalah pihak berkuasa bertindak terhadap mereka. Ekoran itu, laungan seperti ‘maha-zalim’ dan ‘maha-firaun’ sering kedengaran di jalanan…

Kenapa penulis tahu tentang semua itu? Sebabnya, penulis merupakan antara pemerhati tegar yang berada di sekitar tempat kejadian. Bezanya, penulis tidak ditangkap kerana berada di kedai makan sambil menikmati nasi lemak dan teh ais. Penulis tidak buat kacau seperti mereka.

Kenapa pihak berkuasa bertindak terhadap penyokong-penyokong Anwar? Kerana mereka telah melanggar undang-undang. Mereka buat perhimpunan tanpa permit. Mereka ganggu ketenteraman awam. Mereka buat kecoh hingga sesak jalan raya di sekitar ibu negara.

Di zaman siapakah itu semua berlaku? Ia berlaku di zaman pengerusi parti ‘cap bunga’ jadi Perdana Menteri. Khabarnya ketika itu dia masih ‘waras’ dan belum diserang ‘alzheimer’. Namun sejak ‘pencen’, khabarnya akalnya makin teruk ‘kurang waras’.

Dia tahu ceramahnya di Kamunting baru-baru ini tidak mempunyai permit. Bila menganjurkan ceramah tanpa permit macam budak-budak ‘reformasin’ dulu, maka sudah tentulah ianya melanggar undang-undang negara. Dia ‘lupa’?

Maka kerana pelanggaran undang-undang dan aduan penduduk sekitar tentang ceramahnya yang mengganggu aliran lalu lintas sehingga menyebabkan kesesakan yang agak teruk, maka sudah tentulah pihak berkuasa akan bertindak demi kepentingan umum.

Apakah dia fikir bila sudah ‘pencen’ dan berstatus ‘warga emas’ maka setiap majlis yang dia anjurkan itu ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang? Dia fikir dia siapa? Sesuka hati langgar undang-undang, kemudian bising pula bila pihak berkuasa bertindak?

Jika ‘warga emas’ itu bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa terhadap penyokong Anwar di zaman ‘reformasin’, kenapa perlu dia dan ‘macai-macai’nya mempersoal tindakan dan menghina pihak berkuasa yang menjaga keamanan awam di Kamunting?

Apakah kini apabila bergelar ‘macai DAP’, maka tiba-tiba pihak berkuasa perlu beri pengecualian khas kepadanya untuk buat apa saja sesuka hati? Apakah dia fikir kerana ‘jasa’nya 22 tahun dulu maka dia bebas untuk langgar undang-undang? Siapa ajar? DAP atau Mat Sabu?

Pada hemat penulis, tindakan pihak berkuasa terhadap majlis yang diketuai ‘warga emas’ itu adalah adil dan saksama. Pihak berkuasa hanya melaksanakan apa yang pernah dilakukan di zaman dia berkuasa dulu iaitu menegakkan keamanan dalam negeri. Salahkah?

Jadi, dia dan ‘macai-macai’nya harus akur dengan tindakan pihak berkuasa terhadap majlis yang dianjurkan. Jika mahu buat ceramah, mohonlah permit. Jika lulus, maka ceramahlah. Jika tidak lulus, maka jangan langgar undang-undang. Jika langgar juga, terimalah padahnya, kan? Takkanlah itu pun nak kena ajar?

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!