Dia Fikir Orang Langkawi Mudah Diperbodoh Macam ‘Macai’nya?

Penulis amat bersimpati terhadap nasib seorang warga emas apabila cubaannya untuk menipu rakyat dan memperlekehkan Kerajaan Malaysia telah begitu mudah dipatahkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mungkin kering idea untuk ‘membongak’ rakyat, dalam usaha membuktikan dia konon ‘macai DAP’ paling utama, warga emas itu mendakwa konon janji Perdana Menteri untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan terus memajukan Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan terkemuka dunia tidak mungkin dapat ditunaikan.

Atas asas apakah warga emas itu membuat tuduhan begitu? Tanpa sebarang alasan yang munasabah, dia membuat hipotesis tanpa fakta kukuh yang menyokong dakwaannya? Terdesak sangat pun mahu jadi Perdana Menteri sekali lagi, janganlah sampai ‘membongak’ rakyat. Buruk betul perangainya…

Fakta jelas menunjukkan bahawa sudah 99.6 peratus daripada aku janji Barisan Nasiona (BN) telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat. Ia membuktikan bahawa Kerajaan BN sememangnya terbukti mampu melunaskan janji kepada rakyat Malaysia.

Sewaktu penulis bersekolah dulu, semua pelajar perlu mendapat lebih 50 peratus markah daripada markah keseluruhan bagi suatu subjek untuk lulus dalam peperiksaan. Dalam ertikata mudah, 50 peratus itu adalah markah lulus bagi setiap pelajar.

Ada yang dapat 30 peratus, ada yang dapat 51 peratus dan ada pula yang berjaya ‘score’ sehingga 98 peratus untuk suatu subjek di dalam peperiksaan. Maka pelajar yang mendapat markah 30 peratus itu gagal dalam peperiksaan, markahnya ditulis dengan dakwat merah di dalam kad laporannya.

Bagi pelajar yang mendapat markah 51 peratus, mereka lulus, namun agak lemah prestasinya. Namun begitu, pelajar yang mendapat markah 90 peratus ke atas, mereka diiktiraf lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang dijalankan.

Sama seperti prestasi BN dalam menggalas amanah menunaikan aku janji yang diikrarkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, mengikut rekod yang telah disahkan secara rasmi, sudah 99.6 peratus telah ditunaikan.

Apakah ‘markah’ 99.6 peratus itu menunjukkan prestasi BN sebagai sebuah kerajaan yang gagal? Hanya 0.4 peratus sahaja yang memisahkan BN daripada kejayaan melunaskan aku janji 100 peratus. Bukankah itu satu pencapaian yang cemerlang?

Pada hemat penulis, budak sekolah darjah satu pun tahu untuk menilai perbezaan antara gagal dan lulus cemerlang. Tapi kenapa pula warga emas itu tidak tahu membezakan penilaian mudah itu? Atau IQnya kini lebih rendah daripada murid tahun satu?

‘Macai-macai’ yang menjadi ‘tukang angguk’ di kelilingnya bolehlah dia ‘auta’. Tapi penulis yakin bahawa majoriti orang Langkawi tidak mampu dia perbodohkan seperti ‘macai-macai’nya itu. Orang Langkawi hanya tunggu masa saja untuk ‘kena’kan dia…

Leave a Reply