Apa Selepas Kapal Kena “Tangkap”?

Sebaran :

MENURUT carian penulis di Google, kali terakhir sesiapa menulis tentang kapal mewah yang “ditangkap” di Indonesia yang kemudian dikaitkan dengan Jho Low dan 1MDB, adalah 2 hari sudah.  Lepas dari itu tak nampak ada sesiapa yang menulis mengenaimya lagi.

Persoalan seperti, apa yang berlaku kepada kapal tersebut, ditunda ke Amerika ke dan sebagainya, tinggal tidak berjawab.  Seolah, tangkap kapal, kait dengan Jho Low, kait dengan 1MDB, dah.  Takde apa-apa follow up lagi mengenai kapal tersebut.

Takkanlah benda “besar” macam ini, ceritanya habis macam itu saja?

Mungkinkah kapal itu dibenarkan belayar semula apabila siasatan mendapati tidak ada apa yang salah dengannya?  Kita tidak tahu sebab nampak tidak ada pihak yang berminat untuk mengambil tahu lebih dari “tangkapan” yang dikatakan berlaku beberapa hari lepas.

Kapal boleh ditahan atas pelbagai sebab tak bermaksud ada salah yang dibuat.

Contoh, satu orang nama Khairudin buat laporan kata ada dadah atas kapal kepada pihak berkuasa negara dimana kapal itu berlabuh, boleh menyebabkan kapal itu ditahan juga tapi setelah digeledah tidak ada dadah yang dijumpai, kapal itu akan dibenarkan belayar, ini prosedur biasa.

Sama juga bila satu orang nama sama buat laporan mengenai 1MDB di 7 buah negara asing kononnya wujud kecurian dan penggubahan haram, pihak berkuasa kewangan negara dimana laporan dibuat pasti akan menjalankan siasatan.  Yang pentingnya bukan siasatan, apa selepas disiasat tu, ada tangkapan ke, ada pendakwaan dan perbicaraan di Mahkamah ke, atau macam mana.

Tapi balik pada asal tadilah, nampak semua pihak berkepentingan hanya nampak bahagian mula-mula itu saja (laporan dan siasatan), yang selepas-selepas dari itu macam tidak ada minat.  Sedangkan kalau kita nak mengatakan si polan bersalah atau tidak mestilah lebih dari setakat laporan dan siasatan kan?

Ke ada yang lain daripada itu?


Sebaran :

Leave a Reply