Skandal Tanah Ijok: Peneroka Dapat Carrot, Syarikat Dapat Kuda, Adil Ke Min?

Share


 

BANGGA sungguh Azmin mengumumkan dia berjaya selesai masalah tanah Ijok yang dihadapi peneroka sejak hampir 20 tahun seperti dilihat dari video yang tersebar luas.  Padahal cerita sebenarnya, dia tawar harga tanah sama macam 18 tahun lepas kepada peneroka sedangkan dalam masa yang sama, syarikat dapat jual tanah ikut harga semasa.  Buta-buta syarikat dapat untung atas angin beratus juta ringgit.  Peneroka?  Dapatlah sikit.

Ini seperti peneroka dapat carrot (murah/sikit), syarikat dapat kuda (mahal/banyak), itu yang Azmin nak bangga?

Kalau dikatakan perompakan di siang hari, inilah dia, bukan 1MDB, caj umrah dan sebagainya tu.  Lain kalau syarikat jual tanah ikut harga 18 tahun dulu, masalahnya syarikat tu jual tanah ikut harga semasa, kenapa peneroka dibayar harga lama?

Persoalan inilah yang Azmin masih tak boleh jawab sampai sekarang sehingga terpaksa berbalut leher semasa memberi sesi penerangan.  Faham sajalah kalau leher berbalut, marah macam mana pun orang, takkan dibalingnya dengan kerusi kalau tak puas hati.  Terasa macam menyeksa OKU pulak nanti kan.

Kita percaya, semua lebih 900 peneroka yang terlibat pun tahu harta mereka sedang dirompak cuma memandangkan perkara ini sudah tertangguh begitu lama, ada pulak yang sudah meninggal dunia tinggal waris saja, maka jalan penyelesaian yang ditawarkan Azmin ini, diterima jugaklah – kurang-kurang ada jugak masuk.

Tak bermakna mereka suka.  Cuma Azmin yang nak tunjuk handal pulak seolah dia selesaikan masalah itu pasal apa pulak?  Masalah itu tak selesai sebenarnya, masih ada 200 peneroka yang akan memanjangkan kes ini ke Mahkamah sebab merasa ditipu – memang betul kena tipulah pun, oleh kerajaan negeri.



2 thoughts on “Skandal Tanah Ijok: Peneroka Dapat Carrot, Syarikat Dapat Kuda, Adil Ke Min?

  • March 30, 2018 at 5:31 pm
    Permalink

    Azmin bungkus lah kali ni..Ini kali lah..UBAH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *