Jangan Sibuk Hal Jho Low, Selesai Dulu Hal Tanah Ijok

Share


MENTERI Besar Selangor Azmin Ali bagaikan seorang badut apabila membuat kenyataan mengenai rampasan kapal layar milik Low Taek Jho. Kalau kain kita sendiri pun koyak maka tidak perlu lah hendak tolong jahit kan kain orang lain.

Sebenarnya rakyat Malaysia tahu bahawa Azmin Ali cuba mengalihkan isu skandal Ijok yang sedang hangat diperkatakan. Namun tindakan beliau tersebut dilihat sebagai mencurah minyak ke dalam api.

Rata-rata rakyat Malaysia mahu beliau menyelesaikan isu skandal Ijok secepat mungkin memandangkan ianya membabitkan kepentingan peneroka yang merupakan rakyat Malaysia. Isu rampasan kapal layar milik Low Taek Jho bernilai RM1 bilion oleh pihak berkuasa Indonesia pula tidak mempunyai sebarang kaitan dan kepentingan dengan rakyat dan negara kita.

Menteri besar Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini mengalu-alukn rampasan itu, menyifatkannya sebagai perkembangan terbaru dalam skandal 1MDB. Keyataan tersebut jelas berniat jahat memandangkan kapal layar tersebut tidak ada kaitan dengan 1MDB. Ianya berkisar mengenai Jho Low, ABRAR dan IPIC semata-mata.

Namun pembangkang yang diketuai DAP cuba mengaitkan perkara tersebut dengan 1MDB. Sebelum ini beberapa harta milik Jho Low telah disita oleh DoJ namun ianya dikembalikan semula memandangkan tidak ada sebarang salahlaku. Semua pihak sepatutnya membiarkan pihak DoJ menjalankan siasatan tanpa campurtangan pakatan pembangkang yang jelas cuba menaguk di air keruh.

Berlainan pula dengan skandal tanah di Ijok yang membelenggu para peneroka. Kerajaan pakatan Selangor diketui DAP walaupun Azmin Ali merupakan menteri besar dikatakan telah menzalimi peneroka rakyat negeri tersebut.

Kini mereka akan membawa tuntutan tanah mereka ke mahkamah supaya Kerajaan Selangor memulangkan semula tanah seluas 400 hektar. Perjanjian persetujuan antara peneroka dan dua syarikat pemaju hanya membabitkan tanah seluas 800 hektar, namun sebaliknya baki 400 hektar juga menjadi milik kerajaan negeri.

Keluasan keseluruhan tanah peneroka ini ialah 1,200 hektar. Namun, ia dirampas Kerajaan Selangor pada 2009 selepas syarikat pemaju dilantik peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan ini.

Persoalannya jika tanah yang dirampas Kerajaan Selangor boleh dipulangkan semula kepada dua pemaju ini untuk dijual semula kepada pihak ketiga, kenapa baki 400 hektar tanah tidak dipulangkan juga kepada peneroka?

Jika mereka enggan memulangkan 400 hektar tanah ini, Kerajaan Selangor sekurang-kurangnya perlu membayar pampasan mengikut harga semasa.

Perjanjian berat sebelah telah berlaku. Sebelum ini peneroka hanya mendapat RM300 juta daripada RM1.18 bilion hasil penjualan tanah seluas 800 hektar. Sekali lagi peneroka menjadi mangsa pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan mudah.

Azmin Ali diingatkan sekali lagi agar menyelesaikan isu skandal tanah Ijok. Jangan menzalimi para peneroka. Jangan hidup senang lenang atas linangan air mata rakyat Selangor.


One thought on “Jangan Sibuk Hal Jho Low, Selesai Dulu Hal Tanah Ijok

  • March 1, 2018 at 8:50 pm
    Permalink

    Terang2 merompak harta dan hak peneroka jemin oi!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *