UMNO PARTI DEMOKRASI ULTRA POPULIS

1. Parti paling lama di dunia yang masih ada hingga sekarang ialah Demokrat di Amerika dan Konservatif di England. Demokrat ditubuhkan oleh James Madison dan Thomas Jefferson pada tahun 1792, manakala Konservatif pula oleh Robert Peel pada tahun 1834. Biarpun paling lama wujud, kekuasaan parti ini sering bertukar. Di Asia pula, parti paling lama berkuasa ialah Golkar di Indonesia, LDP di Jepun, dan Kongres di India. Parti-parti ini sama bangun dengan Umno, tetapi semuanya sudah tumbang; jika masih ada pun hanya berkongsi kuasa dengan parti lain.

2. Namun, Umno yang berusia 72 tahun masih gagah dan adalah parti yang paling lama berkuasa di dunia. Bagaimana begitu lama boleh bertahan? Ini kerana UMNO adalah parti ultra populis. Dikatakan ultra populis kerana Umno peka kepada keperluan rakyat, memahami aspirasi rakyat, menjaga hubungan baik dengan parti komponen, melindungi rakyat semua kaum, membantu rakyat miskin, dan menjaga kebajikan rakyat.

3. Bukan hanya itu. Di bawah kepimpinan DS Najib Razak sekarang, Umno telah menjadi lebih baik. Kepimpinannya adalah demokratik dan Islamik. Dikatakan demokratik kerana DS Najib boleh menerima perbezaan politik dan tidak pernah ada dalam rekod kepimpinannya yang rakyat mati atau cedera kerana perbezaan parti. Dikatakan Islamik kerana beliau sedia mengetepikan perbezaan politik dengan Pas demi kepentingan Islam, dan menjalin hubungan baik dengan kerajaan Pas Kelantan demi kesejahteraan orang Melayu Islam di negeri itu. Beliau juga memperkenalkan Indeks Syariah, pertama seumpamanya di dunia untuk menilai dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. Hasil usaha kerajaan ini menunjukkan Skor Indeks Syariah Malaysia bagi tahun 2017 adalah 76.06 peratus, meningkat 0.64 peratus berbanding skor pada 2015 iaitu 75.42%. Di bawah DS Najib juga, UMNO semakin mantap membela raja-raja Melayu, dan mempertahankan bangsa Melayu dan Bumiputera.

4. Sesungguhnya Umno hari ini adalah parti hebat yang akan memastikan Melayu tidak hilang di dunia, malah kekal maju, dan progresif. Semua ini boleh dicapai kerana Umno di bawah kepimpinan sekarang adalah parti demokrasi ultra populis yang mendapat sokongan padu majoriti orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Salleh Said Keruak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.