Susah Hati Sungguh Mereka Bila Dapat PM Tak Suka Tol…

Liputan meluas berkenaan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menegaskan pendiriannya tentang isu tol di lebuhraya seolah-olah menyebabkan media puak pembangkang bagai ‘cacing kepanasan’.

Mereka bagai secara tidak langsung mengakui bahawa legasi negatif yang diwarisi daripada ‘dewa maksum’ mereka itu merupakan suatu yang sangat tidak wajar. Sedar tak sedar, mereka juga perlu mengaku tentang ‘najis-najis degil’ peninggalan ‘warga emas’ yang mereka ‘puja’ itu.

Benarlah kata Najib. Bukan mudah untuk menjadi seorang Perdana Menteri apabila berdepan dengan isu-isu yang sukar. Namun beliau begitu konsisten membuat keputusan yang baik, termasuk tentang pembasmian tol secara berperingkat.



Media pembangkang dalam usaha memperlekeh usaha Najib untuk membersihkan ‘najis-najis’ warisan ‘warga emas’ itu terpaksa menggunakan pandangan dangkal yang memuji Lim Kit Siang, kononnya pemimpin DAP itu yang ikhlas menolak dasar mengenakan bayaran tol.

Malangnya, langkah ‘kuntau’ mereka itu agak sumbang kerana penentangan Kit Siang terhadap isu tol ini hanya lantang dibuat ketika ‘warga emas’ itu menjadi Perdana Menteri dulu. Tidakkah mereka sedar ‘langkah sumbang’ mereka itu mampu menjejaskan reputasi ‘negarawan maksum’?

Kenapa Kit Siang hanya menentang bayaran tol ketika ‘warga emas’ itu memerintah? Setelah ‘warga emas’ itu kini menjadi sekutu rapatnya, tidak pula dia hentam ‘warga emas’ tersebut? Apakah Kit Siang juga kini ‘mudah lupa’ dengan apa yang diperjuangnya dulu?

Tidakkah tindakan Kit Siang untuk tidak lagi menyerang ‘warga emas’ berkenaan isu tol itu merupakan satu perlakuan yang bersifat ‘double standard’? Apakah media pembangkang itu ‘buta’ untuk menilai? Konon Kit Siang ‘jujur’ tolak tol? Canggung sungguh bunyinya, bukan?

Pada pandangan penulis, puak pembangkang sejak turun temurun sememangnya kerja membangkang saja. Sama ada dasar itu baik atau sebaliknya, mereka akan tetap bangkang. Kadangkala, penulis melihat mereka sendiri pun tidak tahu apa yang mereka bangkangkan.

Sebaliknya mereka bertanya di mana Najib ketika ‘warga emas’ itu menjayakan perjanjian konsesi tol? Kononnya soalan itu mahu ‘menjerat’ Najib konon beliau tidak berbuat apa-apa ketika perjanjian itu ditandatangani?

Pada hemat penulis, sekiranya penulis berada di tempat Najib sekali pun ketika itu, penulis tidak akan bertindak bodoh seperti Anwar untuk menentang seorang ketua yang terkenal dengan sifat ‘kuku besi’ dan ‘maha-firaun’. Itu namanya sengaja cari nahas!

Penulis yakin, jika penulis melunakkan suara semerdu yang boleh, berkias secantik bahasa sekalipun di depan ‘diktator’ yang memerintah negara ketika itu, nescaya umur politik penulis akan terbenam, dicantas rebah seperti Anwar, Ku Li dan ramai lagi mangsanya.

Justeru itu, penulis perlu bertindak adil dan bijak bila berdepan dengan ‘si kuku besi’. Jika dicantas ketika menegur, maka sudah tentu penulis tidak akan berpeluang memperbetulkan dasar ‘diktator’ itu. Maka sama ada bersetuju atau tidak, terpaksalah ikut saja ketika itu…

Namun apabila ‘diktator’ tidak lagi berkuasa, dan penulis pula ditakdirkan Allah diberikan ilham dan jalan terbaik untuk memperbetulkan keadaan, maka sudah tentulah penulis akan bertindak ‘membersihkan’ secara berperingkat ‘najis-najis degil’ yang terpaksa diwarisi daripada ‘warga emas’ itu.

Ianya sudah tentu tidak dapat ‘dibersihkan’ sekaligus kerana proses pembersihan legasi menyusahkan rakyat itu ‘warga emas’ itu memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, sudah tentu pula penulis perlu berhati-hati dalam perbelanjaan negara, bukan?

Pada pandangan penulis, Najib sebagai seorang ekonomis dan Perdana Menteri juga lebih arif untuk melakukan keputusan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Buktinya, walaupun beliau boleh membina Lebuhraya Pan Borneo dengan perjanjian konsesi tol, Najib lebih memilih untuk membinakan TANPA TOL.

Bukankah itu satu tindakan yang lebih baik berbanding dasar ‘warga emas’ yang lebih menyusahkan rakyat dan pemimpin-pemimpin selepasnya? Nampaknya hujah media pro-pembangkang tidaklah sehebat mana, terdesak sangatkah hingga sumbang langkahnya?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.