Skandal Tanah Ijok: Selama Hari Ni, Apa Skandal Yang Azmin Pernah Jawab?

KALAU nak diikutkan selepas Anwar dan Mahathir, Azmin antara pemimpin Pakatan yang paling banyak skandal.  Dari skandal peribadi, skandal kroni dan terbaru, membabitkan pentadbirannya sendiri berhubung hak milik tanah di Ijok.

Dua kali kerajaan negeri menang di Mahkamah (Tinggi dan Rayuan) berhubung keputusan Khalid Ibrahim rampas balik tanah itu dulu, tiba di Mahkamah Persekutuan, tanah itu dipulang kepada dua syarikat yang sebenarnya menyaman kerajaan negeri – belum pun perbicaraan berjalan.

Menariknya dalam semua skandal tersebut, Azmin mengambil pendirian mendiamkan diri, satu pun dia tak pernah jawab atau ulas.  Jika ada sekalipun, dia akan tuding jari kepada orang lain, yang dia sendiri macam tidak ada apa.  Paling tidak, suruh orang lain jawab.



Benda sama (mendiam diri) kalau dibuat pemimpin UMNO/BN, pasti dah dilabel sebagai bersalah dah ni.  Formula “saman bukti betul, tak saman bukti salah” seolah tidak terpakai kepada Azmin.  Eh, kalau difikir-fikirkan tak terpakai kepada semua pemimpin Pakatan pun, hanya kepada pemimpin BN saja.

Kena kat Mahathir lagi best, senang-senang claim tak tahu atau tak ingat.

Justeru, ini semua untuk rakyat melihat betapa pemimpin-pemimpin Pakatan ini akan mengelak dari bertanggungjawab atas semua keputusan salah yang mereka buat.  Ini baru di peringkat negeri, bagaimana kalau diperingkat persekutuan?

Kita dah kena dengan Mahathir dulu.  Bila matawang, saham dan ekonomi jatuh tahun 1997 yang menyebabkan kesusahan kepada berjuta-juta orang, dia salahkan Soros sebagai punca.  Hujung-hujung baru kita tahu bukan Soros puncanya tapi RM 32 billion yang lesap dalam skandal Forex antara 1989-1992.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Skandal Tanah Ijok: Selama Hari Ni, Apa Skandal Yang Azmin Pernah Jawab?

  • February 18, 2018 at 9:59 AM
    Permalink

    Dulu mati-mati ingatkan Soros punya hal. Beli saham hutang, belum sempat bayar dah jual balik. Tak ada trankasi wang katanya. Rupa2 nya nak tutup skandal sendiri.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.