Skandal Tanah Ijok Dgn Sakit Belakang Azmin Ada Kaitan Ke?

AZMIN katanya mengalami sakit belakang akibat terlalu excited berkemas nak menerima cucu sulongnya. Ini menarik sebab seolah penting benar cerita Azmin berkemas rumah sendiri sehingga sakit ni kepada Selangor khasnya dan Malaysia amnya sampai satu pengumuman khas mengenainya terpaksa dibuat.

Menteri Besar saja pun bukan Perdana Menteri dimana keadaan kesihatannya memberi kesan kepada pasaran saham, keyakinan pelabur dan sebagainya.  Apa pun, kita doakan Azmin cepat sembuhlah kalau betul dia mengalami masalah itu atas apa juga sebab.

Begitupun nak tanya, sakit ini ada kaitankah dengan skandal tanah Ijok yang sedang melingkari pentadbiran Azmin sekarang?  Mengadu sakit ketika sedang dihimpit dengan pelbagai persoalan/masalah terutama yang tidak boleh dijawab ni, bukan pertama kali kita lihat berlaku kepada pemimpin pembangkang sebelun ni, banyak kali dah.



Contohnya bila pemimpin Pakatan ni ditahan SPRM.  Masa itu jugaklah itu sakit, ini sakit, darah naiklah, darah turunlah, gula pekatlah apalah.  Padahal sebelum tu elok saja ke sana ke mari takde sakit apa pun.

Skandal tanah Ijok ni dari segi faktanya memang kes besar tau sebab ia sepertinya peneroka dapat kuah, syarikat (yang ironinya menyaman kerajaan negeri Selangor), dapat daging.  Bukan sikit punya daging, RM 756 juta punya daging.

Peneroka?  Dapatlah harga tanah sama macam 20 tahun dulu sementara syarikat dapat harga tanah ikut harga pasaran semasa dan mendapat untung bersih beratus juta RM.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.