Pribumi Punca Pakatan Tak Boleh Didaftarkan, Bukan RoS

MENURUT laporan media, dua isu perkara yang menghalang Pakatan dari didaftarkan ialah soal berkaitan parti DAP dan Pribumi.  Dua parti ini ada masalah dengan masing-masing pemilihan CEC (DAP) dan mengadakan mesyuarat tahunan tanpa mengikut perlembagaan sendiri (Pribumi).  Pemilihan CEC DAP dah diterima Pendaftar Pertubuhan (RoS), tinggal lagi Pribumi saja.

Pendek kata, selagi tak selesai dua benda ni, selagi itulah Pakatan Harapan yang dicanang ini tak akan boleh didaftarkan.  Pribumi berdepan kebarangkalian diharamkan terus sebab dianggap masih tidak mengadakan mesyuarat tahunan lagi kalau mesyuarat yang dibuat bulan lepas, tidak diiktiraf, jadi nak daftar Pakatan macam mana?

Ini semua masalah yang mereka sendiri cipta tapi RoS pulak yang cuba nak disalahkan sekarang – siap “bercadang” nak bawak RoS ke Mahkamah lagi?  Kalau dah di pihak yang betul, apa nak cadang-cadang lagi, bawak sajalah ke Mahkamah  Apa RoS ke yang menyebabkan Pribumi buat mesyuarat tak ikut perlembagaan sendiri?

Macam itulah sandiwara mereka.

Sebetulnya, ramai melihat sesungguhnya ini semua hanya mengulang episod Barisan Alternatif tak didaftarkan, Pakatan Rakyat tak didaftarkan dan sekarang Pakatan Harapan pulak.  Benda sama saja sebenarnya, memang sengaja taknak daftar sebab senang nak menipu dan mengelirukan rakyat konon mereka ini berpakat.  Parti-parti pembangkang ini kekuatan mereka atas parti masing-masing, kalau digabungkan, kekuatan itu akan hilang sebab semua dah sama sekarang.

Jadi rakyat perlu bersedialah dengan sandiwara terbaru ini.  Kalau muncul esok, ingat sajalah itu bukan sebab RoS tapi mereka sendiri.  RoS dari dulu sampai sekarang sama saja peraturannya tak berubah.  Pakatan saja yang bertambah teruk sebab ada ketua macam Mahathir yang tak biasa kerja ikut peraturan, masih terbawa-bawa perangai diktator dia tu saja.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.