Pakatan Fikir Rakyat Tak Tahu Muslihat Mereka?

Jika ditanya apakah isu yang hangat diperkatakan netizen sosio-politik sekarang? Apa lagi kalau bukan isu kutipan derma parti ‘cap bunga’ yang begitu hebat menjadi bahan kritikan ramai. Kehangatannya sungguh terserlah sehingga menenggelamkan banyak isu lain.

Seperti yang sedia maklum, kempen ‘derma’ tersebut turut dijayakan oleh seorang ‘negarawan ulung’ dan anaknya. Ekoran kedudukan kedua beranak itu yang dikatakan kaya raya, nampaknya mereka adalah antara paling teruk dikecam netizen dan rakyat marhain.

Mungkin benar hujah netizen yang mengatakan kedua beranak itu sepatutnya tidak memohon derma daripada rakyat kerana status aristokrat mereka sebenarnya menunjukkan mereka tidak perlu memerah wang rakyat untuk memenuhi cita-cita politik kesumat.

Namun begitu, netizen peru tahu bahawa wang kedua beranak itu adalah hak milik mutlak mereka, anak beranak mereka, suku sakat mereka, ipar duai, sepupu sepapat dan kroni-kroni mereka yang terpilih. Harta kekayaan mereka bukan untuk rakyat.

Jadi, apabila mahu bertanding pilihan raya, maka secara tidak langsung ianya adalah berkaitan dengan rakyat. Dalam erti kata lain, untuk menjustifikasi keadaan yang kononnya mereka berjuang untuk rakyat, maka perjuangan mereka itu haruslah dibiaya rakyat.

Negarawan ulung itu mendakwa kononnya dia terpaksa kembali ke dunia politik daripada persaraannya kerana permintaan pihak tertentu yang datang bertemu dengannya untuk ‘memperbaiki’ keadaan. Itu yang dia kata.

Tapi dia tidak sebut pula siapa yang datang berjumpa dengannya dan memintanya berbuat demikian. Soalnya, siapa? Ahli perniagaan mana? Kroninya yang mana? Anaknya yang mana satu? Penasihatnya yang mana satu? Apa kepentingannya?

Melihat pada perkembangan terkini, penulis tidak rasa terdapat keperluan untuk ‘menyelamatkan negara’ kerana negara ini sememangnya ‘in good hands’. Dalam erti kata mudah, negara dan rakyat sebenarnya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Tipulah jika dikatakan negara ini tiada langsung masalah. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan setiap masalah yang berlaku itu diuruskan dengan baik bersama perancangan dan pelaksanaan yang mantap untuk mengatasinya. Tidak ada yang kronik pun.

Sebenarnya, otak puak Pakatan Harapan yang bermasalah. Negara dalam keadaan baik, tapi dimomok kononnya akan bankrap. KDNK negara dalam keadaan sihat dan pertumbuhan ekonomi yang sihat, tapi mereka tuduh negara bakal muflis. Konon….

Seterusnya, mereka mainkan emosi rakyat. Walaupun mereka tahu tentang permainan ekonomi pihak tertentu terhadap kenaikan harga barang yang berasaskan prinsip mudah ekonomi ‘demand and supply’, tapi sudah mungkin sudah sifat semula jadi busuk perut, mereka memutar belitkan keadaan sekaligus mencetus kebencian rakyat pada kerajaan.

Itulah punca masalah sebenarnya. Masalah itu ada pada mereka, merekalah pencetus masalah dan mereka jugalah yang memangsakan kerajaan dan negara. Alat politik mereka hanyalah air liur dan minda rakyat yang lemah serta kurang pengetahuan begitu mudah dimanipulasi.

Namun begitu, jika diteliti sebaik-baiknya, hanya mereka yang kurang faham, kurang pengetahuan dan malas bertabayyun sahaja yang akan tertipu atau terpengaruh. Selalunya mereka yang bijak dan berilmu, dapat membaca permainan jijik pembangkang itu.

Malah, alim ulama yang tahu tentang ajaran dan kefahaman Islam yang sebenar juga sudah lama dapat menghidu bau busuk permainan Pakatan Harapan. Maka mungkin atas sebab itu juga PAS pun tidak teringin untuk bersekutu dengan mereka.

Maka kerana itulah penulis menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini supaya mengambil sikap berhati-hati dengan Pakatan Harapan. Bukanlah kerana penulis menyokong UMNO atau BN, tapi ia adalah tentang kebenaran dan permainan politik pembangkang yang semakin kuat temberang.

Lagipun kita semua kini berada di akhir zaman. Selaku umat akhir zaman, berpeganglah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, bersatu-padulah dengan ‘tali’ Allah, usah terus tertipu dengan mainan politik yang mencemarkan jiwa.

Jika PAS dapat melihat kemurnian dan keteguhan BN berbanding DAP, ‘cap bunga’ dan konco-konco ‘belaan’ mereka, kenapa pula harus kita terus membiarkan emosi kita dibayangi propaganda tidak benar? Sedarlah, semoga Allah berikan hidayahNya…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.