Najib Makan Quinoa, Mahathir Bela Kuda, Rakyat Naik Kancil, Mahathir Naik Jet Peribadi…So What?

PENULIS sudah mula mencari Quinoa ini setelah Perdana Menteri membangkitkannya semalam.  Tak patut betul Perdana Menteri tidak berkongsi makanan sihat yang beliau ambil untuk mengekalkan kecergasannya selama ini.  Padanlah kekal cergas walaupun dah cecah 65 tahun, rupanya makan Quinoa.

Zaman hari ini kekal sihat adalah 1000 kali ganda lebih berharga dari duit.  Dah sakit teruk, duit pun takde gunanya lagi.

Anyway, soal Perdana Menteri nak makan apa, siapa yang lain nak kena peduli apa pulak?  Bukan makan babi pun, makan benda sihat.  Mahal?  Beliau anak bekas Perdana Menteri, pernah jadi Menteri Besar, Menteri dan ahli parlimen berpuluh-puluh tahun, apa isunya? Sekarang pun beliau Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen.



Sebagai perbandingan, sotong pandan yang bakal jadi banduan tu baru jadi ahli parlimen sepenggal, pun dah berjuta duit dalam bank, Najib pulak lagi nak kau persoalkan.

Benda ini takde isu pun sebenarnya, tapi jadi isu juga sebab Pakatan takde modal selain menghasut.  Nak banding jasa, takde, apa lagi yang boleh kalau bukan menghasut sampai benda apa orang tu makan pun nak jadi isu.  Quinoa ni mahal sebab tak ditanam di negara kita, kena import dari luar, itu saja. Bukan benih dia tu ada unsur emas ke permata yang nak khas untuk orang kaya saja.

Alah macam harga durian kita dengan harga durian kat Jepunlah kan.  Sini RM 20 sebiji, Jepun RM 300 sebiji, apa harga begitu sebab kita kaya dari orang Jepun ke?  Bukan, tapi sebab durian tak tanam kat Jepun sebaliknya durian tanam kat negara kita, itu saja halnya

Kalau Quinoa ni ceritanya bermewah, kenapa bandingkan makan saja, bab kereta ke, dapur rumah besar banglo ke, taknak bandingkan pulak ke?  Najib naik Proton Perdana saja yang penulis tahu, yang ke hulu ke hilir dengan jet peribadi, tu Mahathir.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

4 thoughts on “Najib Makan Quinoa, Mahathir Bela Kuda, Rakyat Naik Kancil, Mahathir Naik Jet Peribadi…So What?

  • February 25, 2018 at 11:41 AM
    Permalink

    Dia mkn quini guna duit rakyat yg dia curi.. klu dia guna duit dia sendiri,lantak la klu dia nak mkn taik pun..moral of the storey,mkn guna duit kami..

    Reply
    • February 25, 2018 at 11:20 PM
      Permalink

      Duit ko yg mana satu?ada cop muka ko ke duit tu meh cuba tunjuk..

      Reply
  • March 1, 2018 at 8:44 AM
    Permalink

    Gaji PM cukup tinggi.. kalau sekadar mkn quinoa tu lebih dr mampu takde nak curi dr sesiapa..tak fhm btl la.. aku yg rakyat marhaen gaji biasa ni pun beli mkn2 kesihatan mencecah ratusan ringgit sebulan utk jg kesihatan.. takde hal pun..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.