Mahathir akui manifesto PH bukan janji

Dr. Mahathir akui janji-janji tak mampu dicapai

Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beberapa janji pilihan raya yang dilaungkan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP sebelum ini tidak mampu dipenuhi sekiranya pembangkang berjaya menguasai negara ini kelak.

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu bagaikan berpijak di bumi nyata apabila memberi alasan kedudukan kewangan kerajaan yang terhad tidak membolehkan janji-janji tersebut direalisasikan.



“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah buat kenyataan tertentu.

“Kita tidak terikat dengan kenyataan pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita,” katanya dalam sidang akhbar di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dekat sini hari ini.

Pemuda Pakatan Harapan sebelum ini menjanjikan perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk EPL di RTM secara percuma jika pembangkang diberi mandat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.