Harga Petrol Lagi Mahal Zaman Mahathir

Oleh Ab Jalil Backer

Semalam saya terbaca komen dari penyokong Tun Mahathir Mohamad kononnya bekas Perdana Menteri tersebut menjaga kebajikan rakyat sehinggakan harga petrol kekal murah walaupun harga minyak dunia naik.

Masalah dengan penyokong Mahathir dan Pakatan Harapan mereka membuat komen berdasarkan persepsi bukan fakta. Hakikatnya harga petrol di zaman Mahathir jauh lebih mahal dari zaman pentadbiran Najib Razak.



Harga minyak dunia zaman Tun Mahathir (2003) ialah USD28 setong. Petrol yang dijual di pam ialah RM1.35 seliter. Manakala Harga minyak dunia hari ini sekitar USD62 setong. Harga yang dijual di pam ialah RM2.33 seliter.

Berdasarkan harga minyak dunia tanpa ambil kira faktor lain lagi, jika Mahathir masih memerintah maka harga petrol hari ini akan cecah RM3.00 seliter.

Pada 2003, negara kita merupakan net exporter (minyak yang dikeluarkan melebihi penggunaan domestik) berbanding sekarang kita adalah net importer (penggunaan domestik melebihi pengeluaran minyak kita).

Hari ini juga kos memproses petrol sudah meningkat berkali ganda berbanding zaman Mahathir.

Jangan juga lupa RM1.35 seliter pada zaman Mahathir ialah untuk petrol gred rendah iaitu RON92 berbanding sekarang ialah RON95.

Jika tidak tahu apa itu RON92 maknanya anda tidak pernah hidup zaman Mahathir.

Jadi siapa jual petrol lagi mahal, Mahathir atau Najib Razak?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.