Gebang PPBM Ibarat Anjing Menyalak – Bunyi Kuat Nak Tutup Takut Yg Membuak

BEBERAPA hari ini penulis baca saja gebang pemimpin parti bunga di akhbar yang pro mereka seperti Sinar Harian.  Hampir kesemuanya bercakap tentang ‘ketakutan’ pemimpin UMNO ini dalam berhadapan dengan mereka dalam PRU14 yang akan datang.

Di Kedah kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah sedang gusar sebab PPBM ada peluang nak menang, di Putrajaya pulak, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulak tengah takut dengan Mahathir dan sebagainya.  Ambik yang penting sajalah ni, ikutkan ada banyak lagi.

Kelakarnya tu, semua kenyataan ini keluar dari mulut pemimpin parti yang tidak ada mesyuarat cawangan pun tau selain berita ahli meninggalkan parti hampir terpapar hari-hari.  Mesyuarat cawangan pun tidak berbuat, ada hati pulak nak kata UMNO ni takut berhadapan dengan mereka!!  Kita UMNO apa nak ditakutkan?  Organisasi kita tersusun, masuk PRU dah berpuluh kali banding PPBM yang baru nak mencuba – itupun bergantung pada Mahathir semata-mata.



Pada penulis ini resmi anjing menyalaklah, bukan sebab kuat tapi sebab takut.

Kita semua tahu PPBM sedang bergelut sesama sendiri dengan PAN dan PKR berhubung soal pembahagian kerusi – siapa nak bertanding di mana.  DAP saja yang nampaknya tidak terjejas apa-apa seolahnya kewujudan Pakatan pembangkang ini hanya untuk memastikan calon DAP tidak dicabar dari kalangan sesama sendiri.

Jadi bila kita kata kewujudan Pakatan ini hanya untuk menyelamatkan DAP, nampak macam betul kenyataan tu sebab memang jelas sangat dia yang paling selamat dari tsunami perebutan kerusi yang sedang melanda Pakatan sekarang ini.

Maka tak hairanlah orang PPBM terpaksa bercakap besar dan di luar logik untuk memastikan pergolakan dalaman mereka tidak menjadi bahan bualan rakyat.  Mahathir memang cukup terer bab bab macam ini.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.