Dapat PM Tak Suka Tol, Pembangkang Pulak Suka Tol

TOL yang jadi isu pembangkang selama berpuluh-puluh tahun untuk mengkritik kerajan BN ni rupanya mainan politik saja, bukan sebab depa tu kisah sangat rakyat terbeban membayarnya ke tidak.  Menariknya ini berlaku bila Perdana Menteri Malaysia dari UMNO, jenis yang tak suka tol.

Dah dia (pembangkang) pulak yang suka tol sekarang ni.

Sebelum 2008, selain Kelantan pembangkang tak jadi kerajaan di mana-mana negeri, belang tu tak nampaklah lagi.  Kelantan saja pun, buat tol kat tempat tu, siapa mampu nak bayarnya.  Tapi sekarang sejak jadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang, pandangan pembangkang seperti DAP dan PKR terhadap tol nampaknya sudah berubah – bukan sebab Mahathir pun.



Mahathir dah tentulah, dia bapak tol negara.

Sepertinya, LEKAS yang dimiliki sebahagian sahamnya oleh kerajaan Selangor yang kini diperintah PKR, masih mengutip tol sampai sekarang.  DAP pulak di Pulau Pinang, akan mengenakan tol jika projek terowong bawah tanah yang dirancang siap – sekarang jangan kata siap, tak buat-buat pun.  Anyway, isunya kutip tol lah disitu kan.

Masa dia tidak ada kuasa, itulah pun tol tu yang jadi bahannya.  Sekarang bila dia nampak apa yang Mahathir nampak dengan membina lebuhraya bertol ni (boleh buat duit), dah dia pun ikut sekali.  Rakyat mana yang sokong pembangkang akan menghapuskan tol ni dulu, jadi bodoh begitu saja dibuat mereka.

Tak nampak lagi ke?

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.