BN Terengganu Sokong MB Razif

NEGERI Terengganu sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14). Berdasarkan senarai calon dikemukakan oleh Ketua Bahagian UMNO dan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Barisan Nasional negeri berpeluang besar untuk terus mendapat mandat rakyat dengan memperoleh majoriti mudah termasuk merampas semula beberapa kerusi DUN dan Parlimen dikuasai pembangkang.

BN Terengganu sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk terus meneraju negeri yang kaya dengan hasil minyak itu.  Beliau telah membawa banyak perubahan positif dalam masa yang singkat.  Negeri Terengganu dilihat akan menjadi lebih maju dan berjaya serta masih dapat mengekalkan budaya Melayu yang unik disamping terus memelihara nilai moral dan agama yang tinggi .

Bajet Terengganu 2018 dibentangkan baru-baru ini merupakan yang terbaik pernah diberi kepada rakyat negeri tersebut. Sebagai contoh Bajet untuk pembangunan Sosial, Ekonomi dan Masyarakat telah mengambil kira kebajikan anak Terengganu dari saat ibubapa anak tersebut melangsungkan perkahwinan lagi sehingga ke akhirnya.

1. Program Perkahwinan Perdana TTB, Program Pasca Perkahwinan, Program Semarak Kasih dan Forum Perdana Cakna Keluarga – peruntukkan RM3 juta.

2. Bantuan RM1,000 bagi setiap ibu atau bapa tunggal yang akan berkahwin – peruntukkan RM1 juta.

3. Program Saguhati Kelahiran Anak Terengganu – peruntukkan RM1 juta.

4. Program Membantu Rakyat (PMR) – kad subsidi bagi pembelian barangan keperluan asas di T-Mart dan kedai-kedai terpilih – peruntukkan RM2.64 juta.

5. Syarat kelayakan untuk pendapatan bagi mereka yang layak menerima Dana Raya Aidilfitri akan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 manakala bagi Dana Bakti Remaja dinaikkan daripada RM1,500 ke bawah kepada RM2,000 ke bawah.

6. Program Pemeriksaan Mamogram dan Pap Smear Percuma – peruntukan RM500,000.

7. Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kepada Sekretariat Tabung Darul Iman.

8. Karajaan Negeri dengan ini mengumumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 kepada 1,326 orang yang terdiri daripada 1,260 Imam dan Bilal Masjid Mukim serta 66 Imam dan Bilal Mubaligh. Jumlah peruntukan sebanyak RM1.99 juta.

9. Selain itu, sebanyak RM1,500 ringgit juga akan diberikan kepada Guru Pintar Quran. Cadangan ini bakal memberi manfaat kepada 1,701 orang Guru Pintar Quran dengan peruntukan sebanyak RM2.55 juta.

10. Takaful Khairat Kematian kepada semua penerima e-kasih serta Imam dan Bilal yang melibatkan peruntukan RM188,000.

11. Bantuan one-off sebanyak RM500 kepada 234 orang jurumandi dan 163 orang pembantu jurumandi jenazah melibatkan peruntukkan RM198,500.

12. Pembangunan bekalan air dan program pengurangan Non Revenue Water (NRW) – RM47.88 juta

13. Bekalan air percuma 20 meter padu sebulan – peruntukkan RM6.3 juta – manfaat 100,000 buah kediaman.

14. Kad Generasi Terengganu (Kad Gen-T) – peruntukkan RM400,000

15. Klinik Bergerak atau Mobile Clinic – peruntukkan RM500,000 – diselia oleh Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS)

16. Program Peningkatan Ekonomi, Bimbingan Perundangan, Program Pemantapan Keluarga Tunggal dan Sokongan Sosial, dan Program Kesedaran Penjagaan Kesihatan – peruntukkan RM1 juta.

17. Bantuan one-off RM500 kepada semua Pemandu Teksi yang aktif dan berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

18. Bantuan bulanan RM200 sebulan kepada penarik beca serta pengusaha bot penambang.

19. Bantuan one-off RM500 kepada pemandu bas henti-henti.

20. *Home Manager* Sejak 2015, seramai 113 Pengurus Kediaman (Home manager) sehingga kini

21. 2018 – perutukan RM1 juta untuk 150 Pengurus Kediaman baru

22. Bantuan pengurusan one-off RM5,000 setiap J3K – peruntukkan RM5.27 juta

23. Memperluaskan liputan capaian Terengganu Wi-Fi ke Dungun dan Kemaman – peruntukkan RM5 juta.

Langkah yang diambil oleh MB Razif Abd Rahman telah membuka ruang jaringan perniagaan di peringkat antarabangsa perlu diberikan pujian. Beliau membawa produk tradisional ke pasaran antarabagsa seperti Nasi Dagang sejuk beku dan juga keropok lekor ke London. Perkara ini secara langsung telah membuka peluang jaringan perniagaan kepada usahawan tempatan melebarkan sayap ke pasaran global.

Malah produk tradisional seperti ketupat palas juga telah menembusi pasaran antarabangsa terutama dalam pasaran Amerika Syarikat dan juga London sekaligus memberi peluang pendapatan yang berganda kepada usahawan tempatan.

Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan baru-baru ini juga telah menekankan isu perumahan dan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera di negeri ini. Apabila rakyat dapat memiliki rumah, secara tidak langsung kerajaan negeri dapat menangani masalah sosial kerana kehidupan rakyat lebih teratur.

Rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri Terengganu dilengkapi dengan kemudahan yang selesa. Kerajaan dibawah pimpinan MB RAzif cuba mewujudkan konsep ‘rumahku syurgaku’. Ini sekaligus mengurangkan masalah sosial seperti gejala lepak dan sebagainya.

Dalam Bajet Terengganu 2018, sebanyak enam ‘touchpoint’ diberikan khusus untuk menggalakkan pemilikan hartanah antaranya Program Perumahan Terengganuku Sayang (PPTS), Program My Beautiful New Home, rumah mampu milik dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.

Selain itu juga Tabung Perumahan yang memberi pinjaman tanpa faedah sehingga maksima RM40 ribu dan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (Tapak Rumah) juga diperkenalkan.

Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan oleh MB Razif berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat. Beliau memberi fokus kepada B40, menaik taraf ekonomi negeri dan meneruskan bantuan sara hidup. Kejayaan berdasarkan kepada matlamat untuk menghapuskan ketua isi rumah yang dalam definasi miskin tegar. Peratusan tenaga kerja berpendidikan tinggi bagi Terengganu meningkat kepada 30 peratus dan mengatasi purata nasional iaitu 28 peratus. Pendapatan bulanan isi rumah Terengganu pada 2016 juga melebihi purata kebangsaan.

Bajet Terengganu 2018 meliputi semua peringkat yang dirangka berdasarkan hasrat rakyat hasil siri jelajah di lapan daerah seluruh Terengganu. Dan yang paling penting, MB Razif berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan masalah dalam BN Terengganu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.