‘Anak Manja’ Perlu Tahu Fitnah Itu Berdosa Besar

Sebenarnya penulis enggan campur tangan tentang pertikaian parti ‘cap bunga’ dan RoS. Namun apabila seorang ‘aristokrat’ yang merupakan anak kepada ‘negarawan ulung’ membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak, maka penulis terpanggil untuk mengulas mengenainya.

Dalam satu laporan portal pro-Pakatan Harapan, anak manja negarawan ulung itu dipetik sebagai berkata;

“Tidak boleh disangkal lagi semua aduan dikemukakan kepada RoS adalah ditaja oleh Najib dan Umno supaya RoS boleh gunakan alasan itu (aduan ahli/bekas ahli) untuk membatalkan PPBM dan pertahankan kuasa Najib, Umno dan BN,”



Pada pandangan penulis, kenyataan di atas itu bukan lagi ‘hipotesis’, itu namanya tuduhan. Berdasarkan kenyataan itu, apa yang penulis faham ialah dia menuduh Najib menaja semua aduan ahli dan bekas ahli parti ‘cap bunga’ yang dibuat kepada RoS.

Ini bukan soal pertikaian parti ‘cap bunga’ itu dengan RoS, tapi ianya lebih kepada tuduhan tanpa bukti yang menjurus kepada memfitnah Presiden UMNO. Kenyataan itu difahamkan dibuat dalam satu sidang media di ibu pejabat parti ‘cap bunga’ di Petaling Jaya, semalam.

Penulis tidak pasti sama ada ‘negarawan ulung’ ada mengajar anaknya tentang hukum memfitnah orang. Penulis juga tidak pasti sama ada ‘anak manja’ itu pernah belajar mengenainya daripada mana-mana ustaz dulu di sekolah atau universiti.

Namun untuk pengetahuan ‘anak manja’ itu, hukum memfitnah di dalam Islam adalah haram dan berdosa besar. Malah kategori melakukan fitnah itu dosanya lebih berat daripada membunuh orang. Penulis rasa, budak sekolah pun tahu hal ini, bukan?

Apakah bukti yang menyokong ‘anak manja’ itu dalam tuduhan yang dibuat terhadap Najib? Bagaimanakah Najib menaja ahli atau bekas ahli parti itu untuk membuat aduan pada RoS? Bila mereka jumpa Najib? Di mana mereka jumpa Najib? Berapa jumlah tajaannya?

Jika ada bukti, ‘anak manja’ itu boleh kemukakan. Langkah pertama, sila buat laporan pada pihak berkuasa dan kemukakan bersama bukti-bukti kukuh yang menyokong tuduhan itu. Itupun jika ada. Jika tidak ada, tidak perlulah buat tuduhan atau aduan. Nanti dituduh pula buat laporan palsu.

Sekiranya terlalu kemaruk menang pilihan raya sekalipun, biarlah dengan cara yang terhormat, bukan cara memfitnah orang. Itu perbuatan keji. Dia perlu tahu bahawa sebagai seorang yang mengaku Islam dia tidak boleh menggunapakai teori Machiavelli, ‘matlamat menghalalkan cara’.

Berhubung kelulusan RoS, pada hemat penulis, ‘anak manja’ itu usah gundah gulana. Selesaikan baik-baik dengan RoS. Jika parti ‘cap bunga’ tidak sempat mendapat kelulusan RoS untuk bertanding pada PRU 14 ini, ‘anak manja’ itu boleh bertanding atas nama parti lain, bukan?

Sebagai contoh, ‘anak manja’, bapanya dan semua pemimpin parti ‘cap bunga’ boleh bertanding atas nama DAP atau PAN. Jika DAP juga bermasalah, PAN ada. Jika Mat Sabu tak izinkan, PKR pun ada. Asalkan parti dalam Pakatan Harapan, boleh saja, kan?

Parti cuma platform bertanding sahaja. Cuba lihat Dato’ Mahfuz Omar, ahli parlimen dan Adun PAS yang lompat parti, mereka kekal sebagai wakil rakyat di situ. Malah kerusi kawasan yang diwakili itu secara automatik bukan lagi milik PAS, bukan?

Sebagai contoh, kawan baik ‘anak manja’, Dato’ Amiruddin Hamzah yang merupakan Adun Anak Bukit, dia lompat parti daripada PAS kepada parti ‘cap bunga’. Secara automatik, bertambah kerusi ‘cap bunga’ di Kedah, selain daripada kerusi Dun Ayer Hitam yang ‘dicuri’ daripada BN, bukan?

Jadi, kenapa takut untuk bertanding di atas tiket PAN atau Roket? Jijik sangatkah parti Mat Sabu dan Lim Kit Siang? Hodoh sangatkah lambang parti mereka? Atau ‘anak manja’ rasa hina sangat bertanding atas tiket DAP, PAN dan PKR? Tanya saja…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.