Yang Sampai 40 Ekor Kuda Ni Pasal Apa, Nak Jadi Koboi Ke?

Share


Kredit Gambar: FB Lim Sian See

MENARIK tentang Mahathir ialah, hampir apa semua benda mewah-mewah yang ada pada dia, mesti bukan hak milik dia.  Sama ada orang lain bagi begitu saja atau bagi pinjam.  Entah apa yang Mahathir takut sangat nak mengaku semua benda itu memang dia punya pun kita tak tau.

Kudalah sebagai contoh.  Lepas mengaku memang dia punya tahun 2016, tahun ni dah kata kuda-kuda tu sebenarnya orang bagi pinjam pulak dah.  Jet peribadi pun begitu juga.  Untung jadi Mahathir ya, senang betul orang sana sini bagi pinjam atau bagi begitu saja benda mewah untuk dia guna.  Kita nak pinjam kereta kat orang pun susah atau fikir banyak kali, Mahathir dapat pinjam jet peribadi senang-senang macam itu saja.

Rakyat kita ni nampak bodoh sangat agaknya ya?  Lekeh bebenor.

Mengaku sajalah hidup tu memang mewah macam raja Arab, apa nak takut sangat?  Jangan tipu rakyat.  Sama macam nak jadi Perdana Menteri semula pada usia 93 tahun lah kan, cakap sajalah sebab negara ni bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dah kaya melihat kepada rizab luar negara saja dah beratus billion RM banding zaman dia dulu hanya sekitar RM 20 billion saja.  Itu yang tak sabar-sabar nak dilahapkan?

Formula nak melesap berpuluh billion rizab negara dah ada, boleh salahkan pasaran Forex macam dulu.

Lagipun, bukan kita tak tahu Mahathir guna proksi untuk mengelak semua kemewahan ini dari dikesan balik kepada dia.  Ingat senang-senang orang nak bagi pinjam macam tu saja kalau tak ada sebab lain di belakang ke?  Kalau isu sekarang takde kuasa, dululah.

Tapi dalam masa yang sama pelik juga, yang nak banyak-banyak kuda ni nak buat apa ya?  Nak jadi koboi ke?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *