PPBM – MEMBINA ATAU MENGHANCURKAN BANGSA?

Share

CABARAN DEBAT BERSAMA PEMIMPIN PPBM

1. Sedang negara menuju semakin hampir dengan pilihanraya ke 14, bahang ‘peperangan’ semakin terasa dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan yang berbeda.’

2. Ketika masa semakin singkat, pelbagai kecelaruan dan keretakan mula nampak dalam Pakatan Harapan (PH). Punca masalah ini timbul dengan wujudnya PPBM sebagai rakan paling baru dalam PH.

3. Jelas sekali PPBM akan terus menjadi duri dalam daging bukan saja dalam PH tetapi yang lebih teruk daripada itu ia akan menjadi musuh kepada bangsa Melayu.

4. Ini tidak menghairankan kerana penubuhan PPBM bukannya berpaksikan kepada perjuangan bangsa Melayu sejagat tetapi lebih bersifat kepada kepentingan peribadi beberapa orang pemimpin yang langsung tidak memikirkan bahana yang direncanakan kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, secara amnya.

5. Sebagai salah seorang daripada 7 orang penaja PPBM saya melihat PPBM akan menjadi petualang kepada kehancuran bangsa Melayu. Sejarah akan menjadi saksi kepada hakikat ini. Sebuah parti politik seperti PPBM tidak boleh dibiarkan mempengaruhi minda bangsa Melayu hingga meleburkan segala pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang yang terdahulu sejak zaman berzaman.

6. PRU 14 akan menjadi saksi kepada generasi akan datang sama ada kita akan terpengaruh dengan fitnah dan dakyah PPBM hingga menjadi agen kepada kemusnahan bangsa dan agama sendiri.

7. Justeru saya ingin mencabar salah seorang daripada kepimpinan tertinggi PPBM di bawah untuk berdebat dengan saya tentang isu ini. Saya juga bersedia untuk berhadapan dengan dua orang daripada mereka dalam debat ini jika itu yang mereka mahukan. Mereka yang saya maksudkan ialah:

-Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
-Datuk Shahruddin Md Salleh
-Datuk Kamaruddin Mohd Noor
-Datuk A Kadir Jasin.

7. Saya juga ingin mencadangkan tarikh debat tersebut pada 7 Mac 2018. Sehubungan dengan itu saya memberikan masa sehingga 3 Mac 2018 bagi pemimpin PPBM ini menyatakan persetujuan mereka.

8. Saya pasti ada pihak yang sudi menjadi tuan rumah untuk debat ini.

Sekian, terima kasih.

Kamarulazman Habibur Rahman

Setiausaha Penaja PPBM.
Mantan SUK PPBM.

28 Feb 2018

One thought on “PPBM – MEMBINA ATAU MENGHANCURKAN BANGSA?

  • February 28, 2018 at 20:29
    Permalink

    Inilah akibatnya bila dah kemaruk mengikut telunjuk DAP disebabkan ingin meletakkan anaknya sebagai PM

    Reply

Leave a Reply