MCA Perlu Buktikan Bukan Kuda DAP

MCA secara rasminya mempunyai banyak ahli tetapi undi yang mereka terima jauh lebih rendah daripada senarai keahlian mereka. DAP yang hanya mempunyai sedikit ahli tetapi undi yang mereka terima jauh lebih tinggi daripada keahlian mereka pula. Ini bermakna ahli MCA mengundi DAP dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dengan kata lain, parti MCA seolah-olah menjadi kuda tunggangan DAP. Kesetiaan mereka diragui. Tsunami Cina berlaku secara maksima.

Menurut sumber, sebelum pilihan raya umum 2008, James Kuok yang merupakan anak saudara Robert Kuok telah melobi ahli MCA,termasuk ahli-ahli MCA seumur hidup dan telah ‘mengubah’ mereka untuk menyokong DAP dan Pakatan Harapan.

Malah, bukan sahaja James Kuok telah menukar ahli-ahli MCA dan membawa mereka ke dalam DAP, beberapa pemimpin MCA seperti Matthias Chang, Ling Liong Sik, dan lain-lain juga aktif mengubah ahli MCA menjadi penyokong DAP, menurut sumber tersebut lagi.

MCA juga dikatakan menyedari sepenuhnya masalah ini. Ironinya, menjelang Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan keyakinan masyarakat Cina kini sudah “celik” untuk menilai kaca dan permata untuk dijadikan sandaran membela nasib mereka.

Liow berkata hasil transformasi dilakukan, perpaduan dalaman MCA kini kembali kukuh dan tiada lagi wujudnya kem tertentu dalam parti itu, yang akhirnya mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada parti.

Beliau berkata perubahan itu juga penting untuk memastikan MCA kembali menjadi parti unggul dalam kalangan masyarakat Cina dan terus dapat bekerjasama dengan parti UMNO dan MIC serta parti komponen lain untuk mentadbir negara.

Seluruh rakyat Malaysia kini mengambil sikap tunggu dan lihat samada MCA mampu membuktikan bahawa mereka benar-benar bukan kuda DAP. Cara yang paling mudah adalah MCA perlu membuktikan mereka mampu menang banyak kerusi setiap kali berlaku pertembungan dengan DAP.

Sekiranya MCA dapat mengalahkan DAP maka dengan sendirinya rakyat tahu bahawa Tsunami Cina telah berakhir. Dan MCA bukan kuda tunggangan DAP.

2 thoughts on “MCA Perlu Buktikan Bukan Kuda DAP

  • February 28, 2018 at 10:40 pm
    Permalink

    Diorg bukan kuda…diorg opportunist je.umno la kuda MCA

    Reply
    • March 2, 2018 at 11:32 am
      Permalink

      Kekekeke kesian barua DAP cuba tegakan benang yg basah.. dlam barisan Nasional UMNo adalah parti memimpin bukan macam pembangkang DAP yg buat kata putus kakaka ops melalak sahaja lah barua dap.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *