Cawangan UMNO tidak terbubar – Tengku Adnan



Sebaran :

Cawangan UMNO di seluruh negara tidak akan terbubar akibat penangguhan pemilihan parti kerana keputusan penangguhan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja ditularkan dengan tujuan untuk mengelirukan orang ramai serta memburukkan imej parti.

“Majlis Tertinggi UMNO telahpun memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selewat-lewatnya sehingga 19 April 2019 dan keputusan ini mendapat kelulusan ROS.



“Oleh itu, dakwaan sesetengah pihak bahawa cawangan UMNO di seluruh negara bakal luput adalah palsu dan tidak berasas sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelulusan penangguhan pemilihan tersebut merujuk kepada Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966 yang mana Pendaftar Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan mana-mana pertubuhan berdaftar dengan syarat satu permohonan bertulis dibuat.. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :


One thought on “Cawangan UMNO tidak terbubar – Tengku Adnan

  • UMNO ni ikut peraturan dan undang-undang sebelum nak buat apa pun keputusan. Bukan macam ada parti tu. Sendiri buat peraturan, undang-undang tetapi akhirnya sendiri yang langgar. Sudahnya salah ROS/UMNO jugak.

    Reply

Leave a Reply