Seronok Sungguh Dia Lihat Orang Melayu Khianat Macam Dirinya…

Share


Mungkin terlalu teruja untuk kembali sebagai Perdana Menteri, seorang warga emas begitu gembira apabila melihat sebuah kampung di Johor yang dikatakan 100 peratus penduduknya berbangsa Melayu bermegah mengibarkan bendera DAP di kampung itu.

Mungkin juga cuba membalas ‘budi baik’ DAP yang merestui dirinya sebagai calon Perdana Menteri, meskipun dikatakan hanya bersifat ‘sementara’, namun warga emas itu cukup seronok dan memuji orang Melayu yang menyokong sekutu rapatnya.

Pada hemat penulis, itulah jadinya bila seorang yang lebih bertuhankan politik dan berbanding memegang kepada prinsip perjuangan agama Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Demi politik, ‘jilat’ kembali berkati-kati ‘kahak hijau’nya sendiri pun tidak mengapa…

Dulunya, hanya kerana mahukan jawatan politik dan kuasa di dalam UMNO, dia sengaja menjadi hero, konon dialah ‘ultra Melayu’. Ketika cuba memenangi hati orang Melayu dalam UMNO, dia sanggup hina orang Cina hingga menyebabkan dia tewas dalam pilihan raya.

Malah dalam usaha mengejar kuasa di dalam UMNO, dia sanggup pula menuduh Presiden UMNO ketika itu kononnya melebih-lebihkan kaum Cina berbanding Melayu. Konon dialah lebih Melayu daripada Melayu yang ada di muka bumi ini.

Ketika itu, dia sanggup hentam DAP dan menegaskan parti itu sebagai rasis dan anti-Islam. Bukan sekali dua dia sebut begitu, berkali-kali dia berkata sedemikian. Walau ditempelak semula DAP, dia tidak peduli. Dia tetap kata DAP rasis, ultra-kiasu…

Tapi selepas dia ‘berselingkuh’ dengan DAP, tiba-tiba saja parti itu sangat ‘suci’ sifatnya. Apa saja yang dasar perjuangan DAP konon ‘molek-molek’ belaka. Kini, Lim Kit Siang yang dulu dia seranah dan humban ke penjara ISA, kini seolah-olah menjadi teman ‘sekatilnya’.

Tiba-tiba pula dia suka sangat lihat orang Melayu sokong DAP? Padahal dulu, dia melihat orang Melayu yang menyokong DAP sebagai pengkhianat bangsa. Begitu rendah sekali maruah orang Melayu DAP di pandangannya dulu. Tapi kini tiba-tiba pula berubah?

Tidak nampak lagikah tentang apa yang penulis nampak? Terlalu ‘buta’ sangatkah mata, terlalu pekak sangatkah telinga dan apakah terlalu kelu sekali lidah untuk berkata-kata? Atau memang terlalu rendah IQ akal untuk menilai sikap sebenar ‘warga emas’ itu?

Jika terlalu seronok sekali pun untuk jadi Perdana Menteri kali kedua, tidak perlulah gembira untuk melihat anak bangsa sendiri khianat pada perjuangan chauvinis ultra kiasu. Dia sanggup merosakkan minda anak bangsa demi kerakusan politiknya? Itu politik gila namanya…

Mungkin sikap sebenarnya itu kini mengesahkan bahawa ramai orang Melayu dan Islam yang tertipu selama lebih 22 tahun dia berkuasa dulu. Dia tidak lebih daripada seorang Melayu Liberal yang kini cuba menjadi lebih liberal daripada DAP.

Mungkin kerana itulah dia tidak suka isterinya bertudung. Mungkin kerana itulah dia tidak kisah anaknya berjuang untuk golongan songsang LGBT. Mungkin kerana itulah dia tergamak khianat pada perjuangan agama, bangsa dan negara. Hanya kerana legasi dan survival politik anaknya, dia sanggup gadaikan semua? Fikir sendiri…



2 thoughts on “Seronok Sungguh Dia Lihat Orang Melayu Khianat Macam Dirinya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *