Tanggungjawab Bersama Dalam Kabinet

Share


oleh Ab Jalil Backer

Apabila saya menulis mengenai perjanjian tol yang berat sebelah sedang dibetulkan oleh Najib Razak, ada seorang “budak” tanya saya kenapa Najib Razak tidak bantah dalam kabinet bila perjanjian tol berat sebelah. Kenapa Najib Razak tidak berhenti dari kabinet bila tidak bersetuju.

Saya hanya ucap kepada dia selamat meroyan. Agaknya marah dengan jawapan tersebut, berjela-jela dia jawab dan “print screen” kata saya tidak boleh jawab persoalan-persoalan dia.

Lantak dialah. Saya menulis di Facebook sekadar “suka-suki” sahaja.

Cuma sebagai ilmu percuma untuk budak baru “nak up”.

1. Tanggungjawab bersama dalam kabinet maksudnya apabila Kabinet telah buat keputusan, setiap ahli kabinet kena akur walaupun tidak bersetuju.

2. Setiap minggu dan setiap bulan ada sahaja keputusan kabinet yang tidak menyenangkan seseorang Menteri. Akan berlaku perbincangan dan bantahan, Namun akhirnya setelah wujud kosensus, maka semua anggota kabinet harus akur.

3. Jika tidak setuju sahaja letak jawatan, rasanya setiap minggu akan ada Menteri letak jawatan. Itulah beza Menteri dengan “budak baru nak up”. Menteri boleh faham konsep tolak ansur dan menghormati pandangn serta cadangan orang lain. Budak Facebook rasa dia saja betul dan semua orang kena ikut dia.

4. Kabinet adalah pembuat polisi bukan pengurusan mikro. Pengurusan mikro dijalankan di peringkat Kementerian.

5. Setiap mesyuarat kabinet terdapat puluhan kertas kerja setiap Kementerian dibentangkan. Jika semua dibincangkan dari A sehingga Z, Menteri kerja mesyuarat sahaja setiap hari. Sebab itu kita ada konsep agihan kuasa dan bidang tugas.

6. Misalnya, apabila hendak dilaksanakan Lebuh Raya bertol, kabinet bersetuju atas lebuh raya bertol. Perincian perjalanan projek, perjanjian dan lain-lain diputuskan di peringkat Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

7. Misalnya dalam pembelian kapal selam pula, apabila Kabinet bersetuju melakukan pembelian, maka urusan pembelian dan perincian dibuat oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan.

8. Bagi pembelian dan projek berbilion-bilion ringgit tentulah Perdana Menteri akan memberi perhatian lebih. Menteri dari Kementerian lain tidaklah boleh masuk campur hal kementerian terbabit membuta-tuli dan sesuka hati. Hanya Perdana Menteri ada “kuasa” masuk campur.

9. Akhir sekali untuk budak ini, mana lebih baik memilih Najib Razak yang sedang membetulkan kelemahan lampau dalam perjanjian konsesi tol atau Mahathir orang yang mempertahankan kelemahan tersebut?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *