BR1M Dihapuskan, Judi Bola Diperkenalkan – Kalau Orang Tua Itu Jadi PM Semulalah

Share


 

RAKYAT Malaysia mula menerima pembayaran pertama BR1M bagi tahun 2018 hari ini.  Difahamkan banyaklah mesin-mesin ATM yang menjadi sasaran penerima sejak dari pagi, maklum sajalah, 7 juta lebih rakyat menerima manfaat.  Tinggal yang tak dapat saja bercakap, yang lain semua sebat.  Sekitar minggu sudah, bagi murid-murid yang layak, sudah menerima pemberian RM 100 seorang dari kerajaan.

Berikutan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang mahu pemimpin-pemimpin UMNO sendiri menyampaikan BR1M kepada rakyat di kawasan mereka, maka selain debit terus masuk ke dalam akaun penerima, ada juga yang akan menerima terus dari pemimpin UMNO kawasan masing-masing.  Pemberian secara terus ini memberi manfaat kepada mereka yang ada masalah diisytihar muflis dan sebagainya

Apa pun, suka diingatkan bahawa BR1M ini antara yang pertama sekali akan dihapuskan selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, selain tol yang akan terus dikekalkan, malah mungkin dinaikkan pula demi mengelak kerajaan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.  Apatah lagi Mahathir (yang tak pernah bayar tol) percaya bahawa tol di Malaysia adalah yang termurah di dunia.

Mahathir berulang kali mengatakan BR1M ini adalah dedak, rasuah dan sebagainya.  Walaupun berbuih mulut kita kata BR1M adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi yang kerajaan hari laksanakan, Mahathir percaya apa yang dia mahu percaya saja.  Mahathir berpegang kepada konsep, subsidi patut diterima semua orang, termasuk orang kaya, bukan orang yang memerlukan saja seperti BR1M hari ini.

Pendek kata kalau tak betul buat pilihan dalam PRU14 ni besok, maka ini mungkin BR1M terakhir yang akan rakyat terima.  Lepas ini jadi macam dulu baliklah, ada SST semula, minyak naik saja turun tak pernah dan semacam itu.  Sebab orang lama macam Mahathir tidak terbuka kepada idea baru, dia percaya apa yang dulu berjaya pada mata dia, tak sedar dunia dah jauh berbeza.

Selain itu lesen judi bola – antara hajat Mahathir yang tertangguh, akan turut dilaksanakan sebab orang Cina suka berjudi kata dia. Kita tahulah di Malaysia ini, judi-judi yang ada sekarang pun dah susah nak dilaksanakan penguatkuasaannya, tak masuk cerita judi online lagi, dah dia luluskan judi bola pulak.

Bertambah rosaklah rakyat kita jadinya.



4 thoughts on “BR1M Dihapuskan, Judi Bola Diperkenalkan – Kalau Orang Tua Itu Jadi PM Semulalah

  • February 27, 2018 at 1:52 am
    Permalink

    kalau mahathir jadi PM alamatnya lesen judi akan terus diluluskan/diberikan secara senyap2 lagi tanpa pengetahuan atau dibawa berbincang terlebih dahulu dengan kabinet…orang yang tak kisah membiarkan anak sendiri beli & makan hasil haram dari syarikat arak memang jahil tak kenal mana satu haram mana satu halal sebab itu isteri nak pakai tudung pun dia tak kasi…cucu tengok ‘tok wan’nya rileks je buat benda haram sebab itu cucu rasa rileks juga tidur dengan anjing

    Reply
  • February 27, 2018 at 1:56 am
    Permalink

    adalah HARAM memilih mahathir jadi PM & memilih sekutunya seperti DAP, PKR & PAN menjadi kerajaan

    Reply
  • February 27, 2018 at 1:29 pm
    Permalink

    Insya Allah Pemerhati…semua itu tak akan berlaku kerana kemenangan akan berpihak pada BN…in sya Allah…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *