Tol: Anwar Bekas Menteri Kewangan Taknak Tanya Ke?

SEORANG bekas pengarang NST yang kini cenderung kepada Pakatan, bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimana beliau ketika Mahathir meluluskan pelbagai konsesi tol ketika era pentadbirannya.  Semuanya gara-gara beberapa kenyataan Perdana Menteri yang beliau tidak sukakan tol seperti mana Mahathir – Raja tol.

Bukan setakat cakap saja, ada tindakan juga.  Sejak jadi Perdana Menteri pada tahun 2009, lebih kurang 8 plaza tol ditutup Najib yang memberi manfaat kepada beratus ribu kalau tak berjuta orang.

Dia nak kata Perdana Menteri hipokritlah kononnya sebab dulu (masa dalam kabinet Mahathir) sokong tol, sekarang tak suka tol.

Ini bodoh punya cubaan sebab semua orang dalam Malaysia ini tahu Mahathir adalah seorang diktator yang memerintah cara kuku besi ketika menjadi Perdana Menteri,  Apa kata dia saja, bukan peduli orang yang lain.

Dalam soal konsesi tol ini, jangan kata Najib yang pada era itu tak pernah jadi Menteri yang mempunyai kaitan dengannya, Anwar yang jadi Menteri Kewangan pada waktu itupun membantah tol juga.  Dah berapa PRU dah sebelum ni Anwar janji untuk hapuskan tol, kenapa taknak tanya Anwar dimana masa itu?

Padahal sebagai Menteri Kewangan pada waktu itu, Anwar dikedudukan paling sesuai untuk membantah konsesi tol ni sebab semua perjanjian mengenainya mesti melalui Kementerian Kewangan, tapi dia tak buat begitu pun. Dah kena buang dari kabinet barulah dia nak kata tol ni tak baik.

Kalau tanya dia pun, percayalah, jawapannya sama juga – siapa berani bantah Mahathir?

Buat semua yang berkenaan, berhentilah mengaitkan Najib dengan unsur hipokrasi sebab beliau bukan hipokrit. Hipokrit yang sebenarnya ada dalam Pakatan sendiri, tu yang bergelar top dog tu. Lagipun, apa punya kes sebenarnya ni, Najib nak hapus tol pun dijadikan isu juga? Kan benda baik tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *