Cerita ‘Tokwan’ Nak Jadi Perdana Menteri Lagi…

Share

Saban hari, penulis melihat dari jauh keletah seorang warga emas yang sedang sedaya upaya mengekalkan ‘status-quo’ sebagai calon tunggal Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. Gigih atau tidak, demi mengejar kuasa, lori pun dia sanggup panjat…

Dia dalam banyak kenyataan mendakwa dirinya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk buat ‘come back’ dalam dunia politik tanahair. Kononnya dia terpaksa kembali atas permintaan beberapa kumpulan yang datang berjumpanya meminta dia buat ‘come back’.

Kononnya juga, dia kini berjuang kerana ‘rakyat’. Walaupun dalam usia yang terlalu emas, kononnya dia rela ‘berkorban demi masa depan negara’. Sekali-sekala dengar kenyataan itu buat penulis ketawa. Tapi bila banyak kali dengar, loya nak muntah pun ada!


Bukan sekumpulan dua, malah sudah banyak kumpulan yang bersuara. Ekoran tidak dilayan setelah bersuara, maka ramai pula yang bertindak melalui sidang media. Tidak berkesan juga, maka mereka tiru gaya Anwar Ibrahim, buat demo dan memorandum bantahan…

Ramai yang tidak puas hati dan langsung tidak bersetuju untuk ‘tokwan’ dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. Bukan orang UMNO atau BN yang bantah, tapi ahli dan penyokong akar umbi Pakatan Harapan sendiri yang kuat memprotes. Kita ketawa saja…

Pada hemat penulis, oleh kerana warga emas itu memberi alasan konon diminta buat ‘come back’ atas permintaan beberapa kumpulan, maka dia juga perlu berfikir panjang untuk menarik diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.


Kenapa tidak? Jika dia ada maruah dan tidak mengejar kuasa, maka penulis yakin dia tidak punya sebarang masalah untuk mengundur diri dan menamakan Presiden parti ‘cap bunga’ atau Presiden PKR untuk gantikannya. Nak namakan anak sendiri, nanti ‘kantoi’ pula…

Bukan apa, seeloknya dia undur diri saja daripada terus menjadi bahan umpatan keji di ‘pintu belakang’. Di depan ‘tokwan’, mereka angkat ibu jari tanda sokong. Tapi mungkin bila di pintu belakang, tidak cukup tanah mereka seranah ‘tokwan’, bukan?

‘Tokwan’ harus ingat dan tidak mudah lupa bahawa ‘pakatan’ yang menjadi tempat dia mengabdikan diri itu sebenarnya tidak sepakat pun. Walaupun tidur sebantal, tapi hatinya lain-lain. Tidak bimbangkah ‘tokwan’ jika dia atau anaknya ‘diliwat’ atas nama ‘balas dendam’ nanti?


Penulis agak simpati pada ‘tokwan’ bila anak-anak muda yang mungkin sebaya cucunya yang seksi ‘keming’ itu tergamak meminta dia berundur daripada terus menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. Nampak macam hina sangat…

Lagi pun, cukuplah memori ‘tokwan’ terpalit dengan nostalgia jeritan ‘undur tokwan’ secara berjemaah semasa dia di puncak kuasa dulu. Jika dulu, mungkinlah ‘tokwan’ bernasib baik kerana ada kami semua yang mempertahankan ‘tokwan’. Tapi sekarang, nak diharapkan budak-budak ‘kanyaq’ di keliling ‘tokwan’, mampukah mereka?

Justeru daripada desakan demi desakan yang datang dari dalam Pakatan Harapan itu sendiri, maka penulis harap ‘tokwan’ cepat-cepat sedar diri. Ramai yang tidak suka ‘tokwan’ jadi Perdana Menteri kali kedua sebenarnya. Mungkin juga mereka risau apa yang pernah menimpa kami dulu terjadi pada mereka pula…

Sudah-sudahlah ‘tokwan’, berhentilah berangan. Jika berangan untuk tengok anak jadi Perdana Menteri sekalipun, hentikanlah. ‘Anak tokwan’ itu bukan layak pun, tapi cuba mohon jadi pegawai khas kepada pegawai khas calon Perdana Menteri. Mana tahu dia diterima, kan?

Leave a Reply