Pakatan Berpotensi Diketawakan PAS Secara Berjemaah…

Share

Tersengih penulis melihat keletah ‘negarawan ulung’ yang terkial-kial mencari idea menutup malu tentang kemelut perebutan kerusi dalam kalangan parti sekutu Pakatan ‘takde’ Harapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Dalam kekalutan itu, dia mengaku konon 4 buah negeri sudah yang selesai berebut kerusi, manakala 7 lagi negeri masih lagi belum selesai ‘bertegang urat’ mahu meletak calon masing-masing. Entah betul, entah tidak, bukannya boleh percaya sangat pada suspek pesakit ‘alzheimer’, kan?

Lalu warga emas itu sekali lagi mempamerkan aksi ‘kuku besi’nya dengan memberi ‘dateline’ kepada 7 negeri ini. Jika tidak selesai berebut kerusi dalam tempoh 3 hari lagi, maka ianya akan diselesaikan di peringkat atasan. ‘Veto’ sungguh…

Bila ditanya nama negeri yang sudah selesai, dia tak mahu jawab. Konon nanti media beritah pada Perdana Menteri? Konon dia buat lawak, tapi dari sudut yang berbeza penulis melihat kelemahan ketara daripada tindakan merahsiakan nama negeri-negeri itu.

Soalnya, benarkah 4 negeri sudah selesai berbalah dan mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi? Atau ia hanya helah politik warga emas itu saja untuk mengaburi mata umum? Atau memang benar sebuah negeri pun belum selesai berebut kerusi?

Seperti yang kita sedia maklum, parti ‘cap bunga’ sebelum ini beberapa kali ‘kantoi’ tentang jumlah sebenar keahliannya. Melalut-lalut mahu tunjuk kuat, konon ada ratusan ribu ahli hingga ke jutaan anggota. Padahal mesyuarat cawangan pun kantoi..?!

Penulis langsung tidak yakin dengan kenyataan media warga emas yang ‘kemaruk kuasa’ itu. Rasa sangsi melebihi daripada rasa percaya padanya. Mungkin kerana penulis rasa serik selepas lebih 22 tahun jadi mangsa ‘kencing hidup-hidup’. Hancing!

Warga emas itu berkata, sekiranya penyelesaian pembahagian kerusi itu dibuat di peringkat pusat, maka yang di bawah harus menerima keputusan yang dilakukan. Di mulut memang mudah diungkap, tapi realitinya ia memang sangat sukar untuk diterima di bawah.

Jika ia berlaku di dalam parti, maka ia agak mudah diselesaikan. Namun bila ia melibatkan antara parti sekutu, maka bersedialah untuk melihat pertelingkahan yang lebih besar berlaku. Ingat lagi bagaimana pertembungan antara sekutu ‘arwah’ Pakatan Rakyat pada PRU lalu?

Akibat daripada pertembungan antara sekutu bertanding pada PRU yang lalu, ia menjadi antara faktor utama Pakatan Rakyat ‘ditalkinkan’. Jika PRU ke-14 ini berlaku sekali lagi, maka tidak hairan jika Pakatan ‘tiada’ Harapan pun akan menjadi ‘arwah’…

Tapi penulis berpandangan bahawa puak Pakatan ini bukannya peduli sangat tentang ‘arwah’ selepas PRU. Asalkan mereka dapat kerusi yang mereka hajati, itu sudah cukup untuk kembang-kempiskan hidung. Kalah menang letak ke tepi, asalkan ‘aku jadi calon’.

Selain itu, ia juga menandakan majoriti puak Pakatan ‘tiada’ Harapan gagal menyelesaikan pembahagian kerusi dalam kalangan mereka sekali gus membuktikan mereka sebenarnya tidak lebih daripada ‘Pakatan yang betul-betul Tidak Sepakat’.

Kenapa itu berlaku? Biasanya ia adalah disebabkan oleh faktor ‘gila kuasa’ dan ‘perasan hebat’. Masing-masing konon perasan mereka akan menang jika bertanding di kerusi yang mereka hajati. Di kepala masing-masing terbayang diri angkat sumpah jadi Exco dan Menteri Besar?

Bagaimana hendak menang jika mesyuarat cawangan pun tak cukup korum? Bagaimana hendak menang jika menjelang musim pilihan raya baru nak tunjuk muka? Bagaimana nak menang jika calon ‘bidan terjun’? Jangan Adun atau Exco, ketua cawangan pun tak lepas?

Pada pandangan penulis, jika itulah suasana sebenar di dalam Pakatan Harapan, maka PAS boleh ketawakan mereka secara berjemaah. Hendak lawan PAS pun ‘nyawa-nyawa ikan’, inikan pula mahu mencabar BN yang serba serbinya tersusun? Jangan mimpilah…

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!