Derma PRU: Mahathir Menyusahkan Rakyat, Najib Tidak

Share

PILIHANRAYA memang kena pakai duit.  Sebab itu Datuk Sri Najib Tun Razak semasa PRU13 yang dulu, tidak menyusahkan rakyat dengan meminta derma dari mereka atau menyalahgunakan kuasa beliau untuk mendapatkan dana politik dalam negara bagi menghadapi pilihanraya, sebaliknya meminta derma dari negara Arab.

Kalau ikutkan tak perlu pun (Najib minta derma Arab) sebab UMNO ada banyak duit tapi menurut banyak sumber yang penulis baca. Mahathir didakwa tidak pulang semua duit/harta UMNO ini yang dianggarkan berpuluh billion jugak bila menyerahkan kuasa kepada Paklah dulu.

Sebaliknya – melalui pengakuan dia sendiri, hanya RM 1.2 billion (termasuk RM 200 juta wang tunai) saja harta UMNO yang dipulangkan, diserah melalui dua pegawainya iaitu  Nordin Baachik dan Nor Mohamed Yaakob – membuktikan duit/harta UMNO era Mahathir dulu, tak dimasukkan ke dalam akaun parti, sebaliknya disimpan diluar.

Itu yang kena pegawai serahkan tu.  Kalau masuk akaun, nak buat apa orang lain serah ye tak?

Kerana duit ini tidak masuk akaun parti, ramai berkata jumlah yang sebenarnya lebih dari RM 1.2 billion, entah diletak dibawah nama proksi mana yang dia kawal.  Apa sekalipun, cara Mahathir ini menyukarkan kepimpinan UMNO hari ini untuk mendapat kembali harta parti tersebut.  Itu yang Najib kena minta derma tu, cuma bukan dengan rakyat Malaysia sajalah.

Yang menghairankan dengan semua itu, kenapa Mahathir masih tidak malu meminta derma dari rakyat Malaysia, kononnya untuk menghadapi PRU14 yang akan datang?  Harta dia sendiri bertrilion, campur dengan harta UMNO yang tak dipulangkan seperti didakwa ramai pihak yang nilainya entah berapa banyak, pun masih mahu menyusahkan rakyat juga?

Dalam masa yang sama, Mahathir dakwa rakyat negara ini hidup terbeban dan lebih miskin berbanding zaman dia dulu, tapi kepada yang ‘miskin’ ini jugaklah dia minta derma.

Sebetulnya, ini cara Mahathir berpura-pura.  Duit sendiri dan duit UMNO yang didakwa dia curi, banyak, tapi kalau tak mintak derma kang, nampak sangat pulak ya.

Leave a Reply