Azmin gagap jawab isu skandal tanah Ijok

Share

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini dilihat tergagap-gagap ketika menjawab isu skandal penjualan tanah di mukim Ijok bernilai RM1.181 bilion kepada sebuah syarikat lain.

Namun, Mohamed Azmin tetap mempertahankan tindakannya berhubung tanah di mukim Ijok itu walaupun proses peringkat Mahkamah Persekutuan masih belum selesai dijalankan.

Selain itu, Mohamed Azmin tidak menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Pe­ngarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan antaranya tentang penjualan tanah itu yang dibuat secara terburu-buru dan baki RM758.6 juta hasil penjualan tanah bernilai RM1.181 bilion itu.

Timbalan Presiden PKR itu juga hanya mengulangi kenyataan Abdul Rahman tentang bayaran kepada 981 peneroka yang hanya diberikan berjumlah RM421.4juta dan seolah-olah cuba melepaskan diri apabila mendakwa penjualan tanah itu tidak melibatkan kerajaan negeri, tetapi antara pemaju dan juga peneroka.

“Mahkamah telah mencadang­kan supaya perkara ini dirunding dengan peneroka dan mereka mahukan pampasan pembangunan dan bukannya pertanian. Oleh demikian, pemaju telah mem­bayar pampasan wang tunai sebanyak RM180,000 kepada peneroka dan juga rumah bernilai RM250,000.

“Kita akui perkara ini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah menyerahkan setiap dokumen kepada suruhanjaya tersebut untuk disiasat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Utusan

Leave a Reply