NFC : Muhyiddin cuci tangan
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti memberi jawapan cuci tangan dalam isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) walaupun beliau adalah menteri bertanggungjawab terhadap kelulusan projek tersebut pada 2006 selaku peneraju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Malah dalam sidang akhbar beliau di sini hari ini, Muhyiddin juga seolah terkena sindrom ketuanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila memberi jawapan ‘tidak ingat’ ketika ditanya lanjut berhubung pengetahuannya mengenai perkembangan NFC sepanjang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sebaliknya, Muhyiddin seperti menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha ternakan daging lembu itu apabila projek berkenaan mula dikatakan tidak mencapai prestasi yang diharapkan.
Muhyiddin yang kini menjadi perhatian selepas status Twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang tujuh tahun lalu berhubung desakannya supaya beliau menjawab isu NFC kembali tular sebaliknya mengaitkan projek tersebut adalah idea bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meningkatkan bekalan daging negara.
“Saya tidak ingat, sudah lama,” katanya yang menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari tahun 2004 hingga 2008 ketika ditanya oleh pemberita selepas tamat sidang akhbar tersebut.
Utusan
NFC Bukan Hikayat Skandal Tapi Kisah Si Penipu Dapat Jadi Ahli Parlimen Saja