Seluruh bahagian Pemuda PPBM Kelantan kemuka aduan

Sebaran :

Seluruh bahagian Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai kegagalan parti mengadakan perhimpunan agung tahunan mengikut perlembagaan.

Ketua Pemuda PPBM Kelantan, Mohamed Hilmi Che Ramli berkata, perwakilan bahagian dan cawangan yang menghadiri perhimpunan itu tidak dipilih menerusi mesyuarat di kawasan masing-masing.

“Sepatutnya buat mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu, kemudiannya baru laksanakan perhimpunan tahunan kebangsaan.

“Tetapi ini tidak, secara tiba-tiba buat perhimpunan yang jelas melanggar peraturan parti. Malah perwakilan yang menyertai perhimpunan bukan mewakili majoriti kepimpinan bahagian dan cawangan PPBM seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengemukakan aduan di Ibu Pejabat ROS di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Hamzah senaraikan aduan salah laku terhadap Dr M


Sebaran :

2 thoughts on “Seluruh bahagian Pemuda PPBM Kelantan kemuka aduan

  • Parti Bunga nak kejar PRU 14…tu pasal banyak skip buat kije

    Reply

Leave a Reply