Perumahan Selangor Hanya Retorik Pilihan Raya

Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

Pada November 2017, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad dengan penuh bongkak menyatakan, “Rumah Selangorku boleh didapati bermula dari RM42,000 hingga RM250,000. Manakala rumah PR1MA dan PPA1M melebihi RM300,000. Komitmen kerajaan Selangor memang terbukti sejak dari dulu lagi.”

Selangor tidak boleh membandingkan dengan program perumahan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan tiada kuasa dalam pembangunan tanah dan caj pembangunan. Sebaliknya, sebagai pihak berkuasa negeri, Kerajaan Selangor mengawal sepenuhnya pembangunan kediaman di negeri tersebut.
.

Apa yang beliau tidak nyatakan ialah:

1. Projek ini hanya mula dilaksanakan pada 2015 dengan kuantiti yang terhad.

Sedangkan sebelum 2008, projek perumahan seperti ini dibina secara besaran-besaran di bawah polisi Kerajaan Barisan Nasional Selangor yang mensyarat pembinaan rumah kos rendah dalam projek pembangunan perumahan.

2. Punca kenaikan harga rumah di Lembah Klang ialah tindakan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan:

i. menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang mahal dan,

ii. mengenakan caj pembangunan sehingga 30% kepada pemaju perumahan.

iii. tidak lagi ada usaha menggalakkan pembangunan bercampur antara rumah kos rendah dan sederhana sebagai sebahagian “cross subsidy” seperti dilaksanakan oleh BN Selangor sebelum 2008.

Semalam, dua bulan selepas bercakap bongkak mengenai usaha mereka, Kerajaan Selangor membatalkan sembilan projek Rumah Selangoku yang diluluskan sebelum ini.

Umum pelaksanaan pada 2015. Ini bermakna selama 7 tahun pentadbiran mereka, hal perumahan kos rendah dan mampu milik bukan agenda mereka. Ia hanya muncul ketika pilihan raya.

Lebih melucukan dua tahun selepas umum, dan dua bulan selepas bercakap besar perancangan hebat mereka, sebahagian besar projek tersebut dibatalkan.

Ini semua retorik pilihan raya.


Sebaran :

Leave a Reply