Pakatan Selangor Sudah Sampai Tahap “Kalau Aku Tak Dapat, Siapa Pun Tak Boleh Dapat Juga”?

Sebaran :

PARAH nampaknya Azmin di Selangor, merata sungguh dia meroyan. Dengan PAN dia gaduh, dengan DAP dia gaduh (actually samalah ni), dengan PAS dia tanya sokong siapa PRU14 nanti?  Eh, bukan PAS tu dah kena tendang keluar dari Pakatan ke, apa hak pulak nak menyibuk. Ingat sampai itu saja, rupanya dengan Khalid Ibrahim yang dia jatuhkan pun dia tanya benda yang sama jugak!!

Apa benda gila yang tengah berlaku ni?  Simple saja Khalid balas siap dengan tuduhan yang kalau tak dijawab dengan saman, menunjukkan ada kebenaran.

Mahathir sibuklah bertanjak (lawak benar rupanya) di Perak menunjukkan keMelayuan dan kekuatan, Azmin di Selangor pulak menunjukkan kecelaruan.  Komen yang membawa maksud bodoh dan bangang kepada kawan kesepakatan dah tak simpan simpan, semuanya dikeluarkan untuk rakyat menyaksikan.  Oh ya, kita semua tahu hanya PKR Selangor dibawah Azmin sahaja lagi yang tidak sokong Mahathir sebagai calon PM sementara.

Kita boleh faham Azmin sedang fikirkan dirinya saja.  Nak kemana kalau penyokong PAS tak undi dia.  Dua penggal di Gombak tu bukan sebab PKR tapi sebab orang PAS memangkahkannya, begitu juga di Bukit Antarabangsa.  Tanpa penyokong PAS, Azmin nak lari ke mana?  Silap-silap, DAP singkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dulu, semata-mata untuk bunuh karier politik Azmin sebab Azmin dan PAS sailang bakal MB yang DAP mahukan – Azizah.

Besar kemungkinan kita sedang melihat episod “kalau aku tak dapat, siapa pun tak boleh dapat”, sedang berlaku di Selangor.  Ini macam perempuan berebutkan lelaki, kalau aku tak boleh, perempuan satu lagi tu pun tak boleh – penyudahnya dipotong anu kawan tu.  Kias di Selangor ni lebih kurang itu cuma bukanlah anu korbannya tapi kerajaan Pakatan itu keseluruhannya.

Indahnya politik macam inilah.  Kadang-kadang bukan perlukan kekuatan sendiri sangat untuk jadi kerajaan tapi kebijakan manipulasi kelemahan pihak lawan.


Sebaran :

Leave a Reply