KECELARUAN POLITIK BANGSA MELAYU KINI SELEPAS 15 TAHUN ERA TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD BERAKHIR

Sebaran :

Dunia sudah lama masuk ke era globalisasi dan fasa revolusi industri baharu, parti-parti politik dalam dan luar negara juga sudah mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Walaubagaimanapun, tidak bagi sistem “check and balance” di Malaysia yang nampaknya berundur ke belakang dengan perlu berpaut pada dua tokoh politik yang bermusuh selama lebih 60 tahun yakni Tun M dan YB Lim Kit Siang yang sudah terlalu lama dalam kancah politik negara.

Rakyat Malaysia mendambakan tawaran baharu untuk generasi millenial negara dan masa depan negara, namun kumpulan “check and balance” di Malaysia tidak mengendahkan suara generasi ini untuk dibawa ke depan. Mengapa ini berlaku?

Penyokong pembangkang nampaknya tidak sedar bahawa pengundi muda mula menolak calon lewat usia, kempen UndiRosak pula digerakkan oleh penyokong totok mereka yang sebelum ini memangkah mereka dalam pilihan raya.

Realitinya, kempen anak muda yang memulakan UndiRosak ini bakal memberikan tempias dan kesan buruk kepada cita-cita pembangkang untuk merampas Putrajaya.

Terdesak dengan gelombang UndiRosak ini, Tun M cuba mengalihkan isu dengan mendakwa sistem pilihan raya negara tidak telus dan adil. Beliau meminta campur tangan luar dengan menggesa pemantau asing memantau pilihan raya negara.

Strategi politik Tun M disambut oleh musuh tradisinya selama lebih 60 tahun, Lim Kit Siang. Lebih menghairankan lagi, Tun M sebelum ini paling lantang membantah campur tangan luar dalam sistem demokrasi negara.

Walhal semasa era Tun M, gesaan pelaksanaan dakwat kekal pun ditentang oleh beliau dengan bermati-matian, sekarang timbul pula gesaannya untuk memanggil pemantau asing. Jika masa zaman Tun M, semua pemimpin pembangkang ini termasuk Lim Kit Siang mungkin dipenjarakan atas alasan demi kestabilan politik negara.

Mungkin elok juga soalan ini ditanyakan kepada Tun M, “apa lagi Tun mahu?”.

Seandainya pemerintah sekarang berperwatakan diktator, kemungkinan besar anak-anak dan kroni Tun M kini berada dalam penjara, paling tidak menjadi tahanan di Kamunting.

Pemerintah Malaysia kini berjiwa besar sanggup ketepikan kebencian dan masih menghormati Tun M yang memerintah negara selama 22 tahun.

Seorang diktator tidak boleh menerima pandangan orang lain dan hanya dia sahaja yang betul semuanya. Itu calon yang pembangkang cuba ketengahkan kini.

Empirical Malaysia


Sebaran :

Leave a Reply