Jasa Mahathir

Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

1. Setiap kali tidak boleh menjawab fakta bahawa pentadbiran Najib Razak lebih cemerlang dari Tun Mahathir, penyokongnya akan mengungkit jasa Mahthir sebagai bapa pembangunan negara.

2. Jika jasa menjadi ukuran maka UMNO yang paling besar jasanya.

3. UMNOlah yang meletak dan menyokong Mahathir selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Tanpa UMNO, Mahathir hanya akan jadi doktor klinik swasta di Alor Setar.

4. Apakah kita harus menyokong beliau membuta tuli kerana jasanya kepada negara?

5. Negara ini juga banyak jasanya kepada Mahathir terutama ketika Petronas mengeluarkan lebih RM 1 bilion untuk menyelamatkan syarikat anaknya. Atau ketika Telekom memberi kontrak beratus juta kepada anaknya.

6. Mahathir berjasa tetapi bukan bermakna beliau sentiasa betul.

7. Ada menempelak tidak baik kutuk Mahathir, walau apapun banyak jasa beliau.

8. Mereka ini lupa, Mahathir bapa pembangunan sahaja. Dulu Mahathir lagi hebat, Bapa Kemerdekaan Negara pun beliau kutuk dan caci.

9. Almarhum Tunku menghabiskan segala-gala hartanya dan kedudukan istananya untuk menuntut kemerdekaan.

10. Namun Mahathir membelasahnya sejak tahun 1960-an sehingga ke akhir hayat. Apakah jasa Mahathir lebih besar dari Tunku?

11. Tidak ada seorang pun keluarga almarhum Tunku boleh menandingi kekayaan anak Mahathir yang “paling miskin”.

12. Jadi tidak perlulah mengungkit jasa Mahathir kerana negara ini telah membayar lumayan kepada keluarga beliau, melebihi bapa kemerdekaan negara.


Sebaran :

7 thoughts on “Jasa Mahathir

  • Artikel ini memang menusuk kalbu penyokong madey

    Reply
  • bila difikirkan, mahathir bukan membuat jasa tapi bersikap opportunist…orang lain bersusah payah memerah idea menggubal akta pembangunan petroleum negara tapi mahathir buat sesuka hati menjadikan PETRONAS seperti bank mak bapak mahathir yang punya

    orang yang menggubal akta petroleum negara terpaksa disingkirkan dari parti kerana musibat anak haram mahathir tahu orang berkenaan boleh menganggu kehendaknya(pada satu hari) mahu menyalah guna(sesah sehingga perpuluh bilion ringgit) duit PETRONAS untuk menyelamat bisnes anak & kroninya

    Reply
  • bila difikirkan, mahathir bukan membuat jasa tapi bersikap opportunist…orang lain bersusah payah memerah idea menggubal akta pembangunan petroleum negara tapi mahathir buat sesuka hati menjadikan PETRONAS seperti bank mak bapak mahathir yang punya

    orang yang menggubal akta petroleum negara terpaksa disingkirkan dari parti & kerajaan kerana musibat anak haram mahathir tahu orang berkenaan boleh menganggu kehendaknya(pada satu hari) mahu menyalah guna(sesah sehingga perpuluh bilion ringgit) duit PETRONAS untuk menyelamat bisnes anak & kroninya

    Reply
  • Hujah kitar semula Laman Reformasi Mahazalim 1999

    Apa yang Keadilan duk berdemo dulu dengan slogan mereka akhirnya diakui benar oleh UMNO 20 tahun kemudian

    Macam mana boleh menang cemerlang 5 PRU berturut-turut melebihi 2/3 masih jadi misteri sebab memang dia tak boleh pakai

    Reply
  • orang yang mencipta & menjaja ‘reformasi’ itu kini bersama mahathir, apakah anwar seorang yang bersih bila melaungkan ‘reformasi’ tidak pernah salah guna kuasa mengkayakan ahli keluarga sendiri & kroni sepertimana mahathir lakukan semasa berada dalam kerajaan?

    rupa2nya anwar menipu(sudah tentu dipersetujui oleh mahathir ketika itu menjadi PM) membuat laporan kerugian skandal forex itu kepada kabinet & parlimen kerana jika laporan sebenar diberikan ianya boleh menjejaskan kedudukan anwar sebagai menteri kewangan & TPM pada masa itu…secara tidak langsung penipuan laporan kerugian skandal forex itu juga menyelamatkan kedudukan mahathir sebagai PM

    kerugian sebenar tidak diberitahu kepada kabinet & parlimen bermaksud Agong juga tidak tahu kerugian sebenar, kalaulah Agong tahu pasti UMNO akan ditegur & disaran menukar PM termasuk TPM pada masa itu

    ‘birds of the same feathers have now flock together’, tak gitu geekpuk2?

    Reply
  • sekarang ini anwar & mahathir sedang ‘comolot'(dalam kem pembangkang) sepertimana mana 2 ekor musibat ini pernah ‘comolot’ semasa berada dalam kerajaan dahulu

    cuba ‘geekpuk2’ jawab….

    agaknya berani atau tidak anwar kata idea membuat penipuan laporan tentang kerugian skandal forex itu adalah idea dia bersama dengan mahathir bukan idea & atas arahan mahathir?

    Reply

Leave a Reply