Jangan Sampai Nasib Rakyat Jadi Seperti Pilot Skyhawk Dulu

Sebaran :

KERANA ekonomi negara gagal diuruskan dengan baik oleh Mahathir tahun 80-an dulu, nak beli jet pejuang baru untuk angkatan tentera sendiri pun takde duit, maka keputusan dibuat untuk memperkuatkan pertahanan udara negara kita dengan membeli 88 buah pesawat pejuang A4-Skyhawk terpakai yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh US Navy.

Pentadbiran Reagan yang memerintah Amerika ketika itu, memberikan sambutan “besar-besaran” kepada Mahathir yang datang untuk membincangkan pembelian tersebut.  Memanglah Amerika happy sebab ada jugak orang bodoh nak beli “besi buruk” yang dah lama terbiar dari negaranya.

Syarikat milik kroni Mahathir bernama Aramugam dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembelian tersebut.  Diakhirnya, dek kerana keputusan “bijak” Mahathir, hanya separuh dari pesawat dibeli ini yang dibawa balik dan digunakan, separuh lagi tinggal tersadai, kononnya sebagai sumber alat ganti.

Keputusan untuk ‘mengitar’ semula jet pejuang ini turut membawa padah bila ramai juruterbang TUDM menemui ajal atau cedera semasa mengoperasikan jet pejuang ini.  Ada diantaranya tidak dijumpai langsung sampai sekarang!!  Panglima Tentera Udara kita sekarang adalah antara juruterbang A4 Skyhawk yang pernah terlibat kemalangan semasa mengoperasikan pesawat ini tapi beliau berjaya melenting keluar.

Ini musibah bila Mahathir beli benda kitar semula untuk tujuan yang penting seperti mempertahankan keselamatan negara.  Hanya sebab nak syarikat kroni untung, nyawa juruterbang tentera kita jadi taruhannya.

Sekarang, Pakatan mahu kitar semula Mahathir – sama seperti Mahathir mengitar semula A4 Skyhawk dulu.

Cuma kali ini yang jadi pertaruhannya bukan sekadar juruterbang TUDM lagi dah seperti dalam kes Skyhawk dulu tapi 32 juta rakyat Malaysia!!  Episod pembelian Skyhawk itu membuktikan bahawa demi kepentingan sendiri (dalam hal itu kroni), Mahathir sanggup buat apa saja walaupun meletakkan nyawa dalam bahaya.

Sanggup ke kita?


Sebaran :

2 thoughts on “Jangan Sampai Nasib Rakyat Jadi Seperti Pilot Skyhawk Dulu

  • hahaha aku suka baca ayat dibawah ini:

    “Pentadbiran Reagan yang memerintah Amerika ketika itu, memberikan sambutan “besar-besaran” kepada Mahathir yang datang untuk membincangkan pembelian tersebut. Memanglah Amerika happy sebab ada jugak orang bodoh nak beli “besi buruk” yang dah lama terbiar dari negaranya.”

    satu lagi tentang penyangak bernama george soros sudi berjumpa penyangak bernama mahathir yang bayar berjuta ringgit hanya untuk berjumpa dengan dia yang sudah terlajak kaya raya

    dalam hal ini siapa sekali lagi yang bodoh para macai semua?

    Reply

Leave a Reply