Dia Patut Malu Pada Kaum India…

Share

Terbahak-bahak seorang rakan India di depan penulis ketawakan kenyataan seorang warga emas yang berkemungkinan besar menghadapi masalah ‘alzhiemer’ berhubung kononnya berikrar mahu membantu kaumnya jika jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Mengomel bersulam bahasa Tamil, rakan penulis itu berkali-kali bertanya apakah warga emas itu lupa bahawa sebenarnya dia sudah diberi peluang selama 22 tahun untuk membantu masyarakat India di negara ini, namun tidak berbuat demikian.

Pada hemat penulis, apa yang diperkatakan rakan tersebut ada kebenarannya. Warga emas itu mempunyai tempoh masa yang panjang berbanding Perdana Menteri lain, namun dia bagai meminggir sebilangan besar masyarakat India berbanding sekelompok tertentu.

Sekiranya diteliti, dia hanya membantu bangsa Melayu hanya kerana mahukan sokongan politik sahaja supaya dia kuat di dalam UMNO dan disanjung oleh rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu di zaman dia berkuasa.

Jika tidak kerana dasar kerajaan sedia ada seperti DEB dan jaminan perlembagaan, mungkin dia sudah ‘jual’ negara kepada Jepun, syarikat-syarikat milik keluarga dan sanak saudaranya, serta syarikat-syarikat kroninya sahaja. Padanlah yang kaya hanya sekelompok yang tertentu sahaja, bukan?

Selain itu, jika dikaji sejarah dia mentadbir negara dulu, berapa ‘kerat’ orang India dan Melayu yang dia kayakan? Cuba lihat pada senarai individu terkaya di negara kita, dan nilai sendiri perbandingan kek ekonomi negara antara kaum.

Siapa agaknya yang memonopoli sektor ekonomi negara sehingga sukar disaingi hingga hari ini? Siapa yang dia kayakan hingga membolot tanah-tanah strategik di Langkawi? Kenapa dia biarkan satu kaum saja memonopoli sedangkan kerajaan sedang melaksanakan DEB?

Dan kini dia berjanji mahu bantu kaum India dalam tempoh ‘sementara’ dia berkuasa? Berapa tahun? 2 tahun atau 5 tahun? Sedangkan 22 tahun menjadi Perdana Menteri pun tidak membantu, inikan pula dalam tempoh yang singkat, bukan?

Jika dilihat trend undian berdasarkan kaum, tidak menghairankan jika ramai pengundi kaum India yang lebih menyokong Barisan Nasional (BN) berbanding pembangkang. Jangan ditanya sebabnya, tapi cuba lihat bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak menjaga kebajikan semua kaum.

Warga emas itu perlu sedar diri bahawa masanya sudah berlalu. ‘Dah lama dahhh..’ dia diberi peluang, namun dia gagal berlaku adil dan telus kepada semua bangsa di negara ini. Malah DEB yang murni itu pun gagal, inikan pula nak bantu kaum India?

Sudah-sudahlah. Bantulah diri sendiri. Umur pun sudah terlalu lanjut diberi ‘subsidi’. Lambat laun akan ‘dipanggil’ juga, bukan? Justeru itu, perbanyakkanlah ibadah dan bekalan akhirat. Tinggalkanlah hal dunia dan seimbangkanlah dengan ukhrawi. Bertaubatlah, malulah pada kaum India…

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!