Mahathirnomics dan Najibnomics

Share

oleh Ab Jalil Backer

Mahathir manjakan rakyat dengan mengkayakan korporat.

Najib manjakan rakyat dengan memberi pilihan kepada rakyat membuat keputusan sendiri.

Mahathir memberi subsidi gula, minyak masak, petrol, gas memasak dan elektrik kepada korporat. Mana rakyat yang guna banyak, banyaklah subsidi dia balun.

Dalam masa yang sama gaji kakitangan awam tidak banyak berubah. Kerani dan pekerja bawahan berpendapatan bawah RM 600. Ada yang tinggal di setinggan.

Rakyat juga perlu membayar yuran sekolah, yuran peperiksaan dan sebahagian perlu membeli buku teks.

Yang untung tetap korporat pembekal barangan ini kerana mereka mendapat subsidi langsung dari kerajaan.

Mahathir masih mampu melakukan kerana jumlah rakyat yang tidak ramai berbanding sekarang dan harga pasaran dunia masih rendah.

Pada zaman selepas Mahathir, penggunaan meningkat mendadak kerana jumlah rakyat dan industri kian bertambah, Harga barangan terbabit di pasaran dunia meningkat berkali ganda.

Jika kerajaan terus mensubsidi semua perkara ini tidak akan ada lagi belanja pembangunan dan pengurusan.

Namun lebih penting Najib melihat kebajikan rakyat dari perspektif lain. Beliau mahu rakyat sendiri membuat pilihan.

Golongan berpendapatan rendah bawah RM3,900 diberi bantuan kewangan langsung sebagai ganti penghapusan dan pengurangan subsidi.

Anda sendiri buat keputusan berapa banyak gula, petrol, elektrik, minyak masak yang hendak digunakan mengikut kemampuan dan keperluan.

Tidak ada lagi ketirisan subsidi menyebabkan yang untung hanya korporat.

Dalam masa yang sama Najib memberi perhatian kepada pembangunan infra rakyat seperti jalan, hospital, sekolah dan balai polis.

Akses kesihatan rakyat ditambah untuk memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan yang lebih baik. Hospital dan klinik ditambah dan dinaik taraf.

Sekolah-sekolah ditambah bagi mencapai sasaran sekolah satu sesi dalam masa lima tahun akan datang.

Najib menghapuskan semua yuran peperiksaan peringkat sekolah. Bantuan buku teks diberi kepada semua pelajar. Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah diberi bantaun RM 100 setahun dan program Makanan Tambahan.

Subsidi dan bantuan pendidikan vokasional, teknik dan perniagaan ditambah berkali ganda untuk memperkasakan kebolehan rakyat.

Subsidi juga diberi dalam projek perumahan supaya rakyat mempunyai kehidupan yang lebih selesa.

Gaji kakitangan awam dinaikkan. Perumahan kakitangan awam juga ditambah dengan banyak. Elaun perumahan juga dinaikan.

Dalam falsafah ekonomi Najib Razak, beliau memberi “subsidi” untuk membangunkan keupayaan dan kemampuan rakyat untuk kesejahteraan bukan untuk mengenyang dan menggula-gulakan rakyat.

Sukarnya, rakyat sudah terbiasa dengan subsidi untuk perut sehingga lupa subsidi Najib akan membolehkan anak cucu kita “survive” di mana-mana sahaja.

Maka rakyat akan terus bercakap soal harga untuk ayam, daging dan ikan berbanding dahulu, seolah-olah zaman Mahathir dulu hari-hari mereka makan ikan dan daging seperti sekarang.

Mereka bercakap soal harga minuman dan makanan di kedai makan seolah-olah budaya makan di kedai sudah popular di zaman Mahathir.

Hakikatnya, apa yang mereka bincangkan itu hanyalah aktiviti yang “rare” atau luar biasa pada zaman Mahathir tetapi kebiasaan pada zaman Najib Razak.

Lalu nikmat mana yang kamu nafikan?

(Visited 13 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!