Kerajaan Jamin Majukan Proton

Sebaran :

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan memulih dan memajukan Proton sehingga menempa nama di persada dunia.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan Proton dan Bandar Tanjung Malim tidak lenyap, sebaliknya menempa zaman yang lebih cemerlang.

Katanya berdasarkan kajian dijalankan oleh pihak kerajaan, masalah yang menimpa syarikat berkenaan adalah disebabkan model ekonomi berpaksikan semangat nasionalisme, bukannya global.

“Oleh kerana ada campur tangan politik dalam pentadbiran Proton, kita rasakan kita tidak akan biarkan Proton lenyap tetapi Proton perlukan sokongan dan dokongan kerajaan untuk dipulihkan.

“Kerajaan pimpinan saya akan pulihkan semula dan sebab itu, kalau ada orang kata kita tidak tolong, ia merupakan pendustaan. Kita bagi suntikan modal dan insentif,” katanya ketika berucap melancarkan Kluster Automotif Nasional @ Proton City di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta China ke Malaysia Bai Tan dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Pelan pembangunan kluster berkenaan melibatkan pembangunan Bandar Belia 1Malaysia; Edu City; hab automotif berteknologi tinggi yang merangkumi teknologi kereta elektrik, teknologi hijau, teknologi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan; pemasangan kereta berjenama global dan pengeluaran kereta untuk pasaran eksport.

Najib juga berkata rakan strategik yang dipilih Proton, Geely merupakan syarikat yang paling sesuai untuk memajukan Proton berdasarkan rekod pencapaiannya yang cemerlang.

“Saya yakin keputusan (memilih) Geely itu tepat kerana Geely mengeluarkan kenderaan sebanyak 1.5 juta setahun, memiliki Volvo, mempunyai teknologi tinggi dan sanggup memindahkan teknologi kepada jurutera dan pekerja Proton.

“Teknologi kereta elektrik, mungkin ada kereta terbang selepas ini. Kalau berada di takuk lama, tidak mungkin kita boleh bertahan dalam persaingan yang hebat,” katanya.

Perdana Menteri berkata bandar Tanjung Malim bakal menerima limpahan daripada Kluster Automotif Nasional itu dengan mengalami perubahan drastik dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

“Saya melihat bandar Tanjung Malim sebuah bandar yang berpotensi. Selama ini, Tanjung Malim agak malap tetapi sekarang berada di persimpangan masa depan yang cukup cerah.

“Sebagai sebuah kerajaan, saya dan menteri besar akan bekerjasama seerat mungkin untuk menjadikan ini bukan impian kosong tetapi realiti,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan Barisan Nasional memerlukan sokongan dan mandat rakyat untuk terus memajukan kawasan berkenaan.

— BERNAMA


Sebaran :

3 thoughts on “Kerajaan Jamin Majukan Proton

  • Sepatutnya jaminan ini di beri tanpa perlu Geely mengambil alih ekuiti dalam Proton .Bila Mahathir sudah keluar dari Proton,kerajaan patut sangat berusaha memajukan Proton dgn menggunakan kemampuan rakyat tempatan ,tanpa perlu memanggigil Geely.Sekarang Geely sudah pun ‘menyembelih’ semua vendors Proton dgn memaksa penurunana harga sebanyak 30%.Selepasa ini berlaku baru PM Najib memberi jaminan ini,ertinya PM Najib mahu membantu Geely,bukan membantu rakayat Malaysia yg bergiat sebagai vendors,kerana mereka sudah pasti sudah dan akan gulungang tikar dgn tekanan Geely ini.Jadi siapa yg untung dgn jaminan PM ini?.Bekalan komponen Proton,nanti akan di buat oleh pengeluar dari Cina,jika vendor tempatan tidak mampu menurunkan harga 30%..Inilah massages dari Geely.

    Saya tidak nampak logik ,penurunana harga 30% yg di pakasa ,oleh Geely boleh memajukan Proton,kerana masalah Proton bukan Harga ,tapi kualiti.Kereta keluaran Produa lebih tinggi harganya tapi kualitinya lebih baik.,itu sebabnya mereka berjaya.Vendor Produa tidak di paksa menurunkan harga sebanyak 30%, sedangkan kadar pengiraan harga komponen oleh vendors Produa tidak jauh bezanya dgn harga utk Proton.Perbezaannya kalau ada pun hanyalah kerana perbezaan volume,yg menyebabkan harga lebih tinggi di pengaruhi oleh kadar amortization tools & dies.

    Lagi pun bila harga sudah di kurangkan tidak mungkin , para vendor mampu memperbaiki kualiti lagi?.Sepatutnya vendors Proton di tekan supaya memperbaiki kualiti terlebih dahulu ,kemudiann barulah menurunkan harga secara berperingkat-peringkat ,di samping mengekalkan kualiti.Langkah Geely ini rasanya memang bermatlamatkan utk menamatkan hayat vendors tempatan,dan di ganti oleh pembekala mereka sendiri.Inilah yg selalu di tekan kan oleh mereka dalam tklimat kepada para vendors.

    Geely tentu sangat berterima kasih kepada PM Najib dgn jaminan ini,tapi para vendors yg akan gulung tikar sudah tentu tidak,malah mereka sangat merasa keciwa.Mungkin saja mereka dan para pekerja mereka yg sudah kehilangan kerja akan mengudi parti Mahathir nanti.Mereka akan ucapkan Selamt jalan BN.

    Reply
  • eksport Proton sebelum venture dengan Geely adalah terhad & tidak menguntungkan bukan sahaja kepada Proton malah kepada vendor Proton yang membuat/mengeluarkan barang alat ganti…harga sesuatu barang alat ganti tidak boleh dikurangkan 30% apabila situasi tidak menguntungkan berlaku

    dengan kerjasama Geely untuk penambahbaikan teknologi serta prospek untuk mengembangkan eksport Proton, permintaan supaya dikurangan 30% harga barang alat ganti itu tidak akan menjadi masalah kepada vendor Proton kerana permintaan barang alat ganti yang dibuat oleh vendor Proton terdiri dari pengusaha tempatan akan bertambah permintaan & pengeluarannya

    jika aspek kualiti yang sama & harga lebih murah boleh diperoleh dari vendor lain(diluar Malaysia), apakah Proton & Geely harus mengekalkan vendor tempatan yang mengeluarkan barang alat ganti kepada Proton?

    Reply

Leave a Reply