PM Sementara: Ikut Merit Muhyiddin, Ikut Duit, Mahathir

Share

PERSOALAN siapa patut jadi Perdana Menteri sementara kalau pun Pakatan menang dan memerintah negara ini, sebenarnya cukup mudah.  Semua orang, baik dalam pembangkang dan kerajaan tahu dia siapa.

Antara ramai-ramai pemimpin Pakatan yang ada hari ini, Muhyiddin ialah bekas Timbalan Perdana Menteri paling “terkini”, paling dekat dengan semua perkembangan pentadbiran negara dan sebagainya.  Ikut logik akal, tidak sukar untuk dia menguruskan negara ni dengan semua pengetahuan terkini yang ada dalam kepalanya sebab sehingga Julai 2015, dia adalah orang nombor dua.

Berbanding dengan Mahathir – letak jawatan sebagai Perdana Menteri Oktober 2003, lebih 14 tahun yang dulu.  Atau Anwar sekalipun yang dipecat Mahathir hampir 20 tahun yang dulu iaitu pada September 1998 – Anwar bagaimanapun calon PM tetap bukan sementara, yang kita cerita ni sementara.

Tapi bila Mahathir yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri sementara, kita tahulah itu bukan merit yang bercakap tapi “benda lain”.  Logiknya mana mungkin tua kutuk 93 tahun, dengan hati paling sensitif dalam dunia (isterinya tak dapat jadi penaung Persatuan Tenis Kerusi Roda pun dia meroyan juga), dipilih untuk jadi Perdana Menteri sementara bila ada yang lebih “muda”, segar dari segi pengalaman dan pengetahuan terkini tentang pentadbiran negara, diketepikan begitu saja?

Anwar tak boleh sebab dia dalam penjara, kita faham logiknya ada, Mat Sabu tak boleh sebab dia bodoh dan ada sejarah kaki perempuan, juga kita faham, logiknya ada.  Kit Siang tak boleh sebab dia tak dapat sokongan Melayu, pun kita faham logik itu, tapi Muhyiddin?

Kalau Datuk Seri Najib berjaya ditumbangkan mengikut perancangan Mahathir pada tahun 2015 melalui konspirasi dengan beberapa ketua agensi paling berkuasa kerajaan, ia adalah Muhyiddin yang akan mengambil alih.  Mahathir sendiri dah sebut benda ini beberapa kali pun.

Hairannya bila Perdana Menteri sementara dinamakan, ia adalah Mahathir pulak, bukan Muhyiddin.  Nampak tak?

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!