Yakin Sasaran 80,000 Unit RUMAWAIP Tahun Ini – Tengku Adnan

Sebaran :

? Sasaran pembangunan 80,000 unit rumah di bawah program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilihat boleh dicapai pada tahun ini berbanding sasaran awal pada 2020, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setakat ini, katanya, lebih 80 peratus daripada sasaran itu telah dicapai melibatkan tiga wilayah – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan – merangkumi kategori ‘siap’, ‘dalam pembinaan’ dan ‘kelulusan perintah pembangunan atau development order’.

Menurutnya, tujuh buah projek di Kuala Lumpur dan tiga buah projek di Labuan setakat ini telah siap sepenuhnya yang masing-masing berjumlah 3,662 unit dan 332 unit.

Tengku Adnan berkata RUMAWIP menjadi pemangkin supaya memastikan pemaju perumahan tidak sewenang-wenangnya menjual rumah pada harga yang tidak berpatutan apabila RUMAWIP, yang dilengkapi kemudahan asas dan persekitaran kondusif, ditetapkan pada harga RM300,000 dan ke bawah.

“Terdapat 27 projek masih dibuka kepada warga Wilayah (Persekutuan) dan permohonan boleh dibuat di portal RUMAWIP dengan kemudahan pinjaman disediakan Yayasan Wilayah Persekutuan,” katanya dalam pertemuan bersama media di kementeriannya baru-baru ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018, hari ini…..

Bernama


Sebaran :

Leave a Reply